Man Utd Patut ‘Buru’ Elneny Berbanding Declan Rice

Manchester United sepatutnya mengejar bintang Arsenal, Mohamed Elneny berbanding ketua pasukan West Ham United, Declan Rice pada jendela perpindahan musim panas ini.

Skuad Red Devils seperti semua sedia maklum mereka bakal melakukan rombakan besar-besaran pada jendela perpindahan musim panas akan datang.

Dengan ketibaan pengurus baharu, Erik Ten Hag dan ditambah pula dengan United berpotensi kehilangan beberapa pemain utama skuad, jelas sekali mereka perlu membawa masuk pemain baru.

Manchester United pada musim ini sedang melalui antara musim paling teruk dalam sejarah kelab mereka dengan anak-anak buah Ralf Rangnick itu beberapa kali berdepan kekalahan memalukan.

Posisi defensive midfielder merupakan masalah utama United

Para penyokong Manchester United sendiri turut sedar yang skuad mereka pada ketika ini mempunyai masalah ketiadaan pemain berkualiti di posisi defensive midfielder.

Fred, Scott McTominay dan Nemanja Matic jelas sekali gagal untuk bermain dengan baik andai mereka diturunkan di posisi tersebut.

Terdapat beberapa nama yang hangat dikaitkan dengan Manchester United sejak kebelakangan ini dengan Declan Rice dianggap antara calon kegemaran untuk ditandatangani.

Walau bagaimanapun, West Ham United tidak mungkin akan melepaskan Rice dengan nilai yang rendah dengan mereka sudah meletakkan tanda harga lebih dari £100 juta untuk pemain kebangsaan England itu.

Declan Rice tidak dinafikan lagi sememangnya antara pemain midfield terhebat dalam dunia bola sepak hari ini dan satu hal yang pasti beliau merupakan pemain yang Man Utd cari.

Walau bagaimanapun, Ten Hag sebelum ini sudah menegaskan kepada media yang beliau tidak akan melaburkan dana yang besar hanya untuk mendapatkan seorang pemain sahaja.

Atas alasan itu jugalah Manchester United meletakkan nama Ruben Neves sebagai pemain kedua yang mahu mereka tandatangani andai Rice tidak ke Old Trafford.

Man Utd patut kejar Mohamed Elneny

Mohamed Elneny ketika ini sedang melalui detik terbaik sepanjang kariernya dengan beliau cemerlang pamer aksi luar biasa menakjubkan untuk Arsenal dalam beberapa perlawanan terakhir mereka.

Elneny merupakan nadi penting yang membantu Arsenal menewaskan Chelsea 4-2 sebelum ini dan beliau juga turut memainkan peranan sama ketika aksi kemenangan 3-1 mereka menewaskan Man Utd.

Apa yang lebih menarik lagi, Elneny turut mempamerkan aksi persembahan yang sungguh mengujakan ketika bertemu West Ham United malam semalam dan jelas sekali beliau antara pemain yang paling berprestasi pada ketika ini.

Walau beliau tidak pernah meninggalkan puasanya, namun Elneny tak pernah sekalipun mengecewakan peminat ketika beliau diturunkan untuk beraksi.

Beliau sebelum ini berehat panjang apa lagi selepas ketibaan Thomas Partey ke bumi Emirates dan aksi bertemu Chelsea merupakan perlawanan pertama beliau selepas hampir lima bulan.

Dari tiga perlawanan terakhir Arsenal, Elneny jelas sekali tidak mengecewakan Mikel Arteta dengan para peminat turut menganggap beliau sebagai pemain terbaik kelab pada ketika ini.

Manchester United berpotensi dapatkan Elneny secara percuma

Memandangkan kontrak beliau bersama Arsenal akan tamat pada penghujung musim ini, dan The Gunners sendiri masih belum menawarkan kontrak baru kepadanya, maka ia jelas kesempatan yang baik untuk United dapatkan pemain berkualiti secara percuma.

Beliau konsisten mempamerkan persembahan mantap dalam tiga perlawanan terakhirnya selepas sekian lama beliau sekadar memanaskan bangku simpanan.

Memikirkan kehendak Ten Hag yang tidak mahukan pemain ‘diva’ dan tak mahu melabur banyak, maka Elneny merupakan calon paling sesuai untuk skuad Red Devils itu buru.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN