Video: Bukti Nyata Yang Cristiano Ronaldo Tak Sepatutnya Dianggap Punca Kejatuhan Man Utd

‘Bagaimana boleh kamu salahkan Cristiano Ronaldo?’ itulah tajuk video yang sedang tular di laman twitter pada ketika ini yang menjelaskan secara terperinci tentang mengapa bintang Portugal itu tak patut dianggap sebagai punca kejatuhan Manchester United.

Video itu dimuat naik ketika para penyokong Manchester United sepertinya sudah mula hilang kepercayaan kepada penyerang utama mereka itu.

Skuad kendalian Ralf Rangnick itu pada ketika ini sedang berada di titik terburuk dalam sejarah kelab dan keadaan mereka juga sepertinya semakin lama semakin parah.

https://twitter.com/MadeiraCakes/status/1518278163151077376?t=i72YJ_3k9xsWnNGcqliqrA&s=19

Skuad The Red Devils itu baru sahaja berdepan kekalahan memalukan 3-1 bertemu Arsenal baru-baru ini dan sepertinya harapan untuk mereka berada di kelompok empat teratas dalam carta liga semakin pudar.

Ronaldo dalam perlawanan itu kembali beraksi sebagai pemain utama selepas beliau terpaksa direhatkan ketika aksi bertemu Liverpool sebelum itu.

Beliau bahkan turut berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan tersebut namun gol jaringannya itu gagal untuk membantu United mendapatkan tiga mata penuh.

Walaupun persembahan skuad United pada ketika ini sedang berada di tahap yang tidak memuaskan, namun Ronaldo tetap berjaya meledak 22 gol dari 35 penampilan sejak awal menyertai kelab pada musim panas lalu.

Dalam saingan Premier League sahaja, beliau sudah berjaya menjaringkan 16 gol dan sedang berada di belakang Son Heung-min dan Mohamed Salah dalam senarai penjaring terbanyak.

Ada pihak yang percaya kepulangan semula Ronaldo pada musim panas lalu sebenarnya satu kesilapan dari pihak kelab kerana beliau bakal menjadi penghalang untuk barisan pemain muda di Old Trafford.

Bahkan ada juga peminat yang menganggap Cristiano Ronaldo sebagai punca sebenar kejatuhan Manchester United sepanjang musim ini.

Dek kerana beliau kurang melakukan pressing dan tidak begitu membantu ketika build up, maka ramai pihak yang menganggap beliau sudah terlalu tua untuk diharapkan.

Walau bagaimanapun, salah seorang peminat telah memuat naik sebuah video yang direka khas untuk menafikan segala dakwaan negatif terhadap pemenang lima kali anugerah Ballon D’or itu.

Akaun twitter yang menggunakan nama @FutbolZEE itu telah memuat naik video rangkuman aksi bagaimana Ronaldo berusaha membantu jentera serangan namun usaha beliau itu gagal dimanfaatkan oleh rakan sepasukannya.

Beliau dilihat bijak membuka ruang serta melorongkan bola yang cantik mencari rakan sepasukannya seperti Bruno Fernandes dan Jadon Sancho namun usaha beliau itu gagal diterjemahkan dengan gol.

Berkali-kali beliau berjaya membuka ruang untuk Bruno Fernandes meledak gol namun segala usaha beliau itu dilihat berakhir dengan sia-sia.

Jika dinilai pada aksi beliau dalam video rangkuman tersebut, sepertinya Ronaldo bukanlah masalah sebenar Manchester United seperti yang dicanang oleh segelintir peminat.

“Ronaldo sebenarnya tak pernah jadi masalah dalam skuad ini.”

“Ini bukti nyata yang Ronaldo bukan masalah, saya patut minta maaf pada dia kerana pernah salahkan dia sebelum ini.”

“Adakah patut mereka anggap Ronaldo pentingkan diri lepas mereka lihat bagaimana usaha dia dipersia-siakan?”

“Agak menyedihkan untuk menonton video ini kerana Ronaldo sepertinya tak dapat penghormatan yang selayaknya dia dapat.”

Begitulah komen-komen dari para peminat yang diambil dari ruangan komen pada video tersebut.

Manchester United juga sebelum ini telah mengumumkan Erik Ten Hag sebagai pengurus terbaru kelab dengan beliau akan memulakan tugasnya pada musim panas nanti.

Soal masa depan Cristiano Ronaldo juga turut hangat dibincangkan oleh para peminat kerana ramai yang percaya beliau tidak akan mahu kekal andai United gagal ke Champions League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN