Sony Norde Pasti Negeri Sembilan Tak Akan Duduk Diam Selepas Dibelasah JDT

Sony Norde

Penyerang import Terengganu, Sony Norde beri bayangan Negeri Sembilan akan hadir dengan percaturan yang lebih baik terutamanya selepas kalah besar tempoh hari sekali gus ia akan menjadi pertembungan sukar dalam aksi Liga Super, malam ini.

Norde percaya skuad kendalian K. Devan tidak akan membiarkan mereka tersungkur sekali lagi selepas mengalami kekalahan besar 0-7 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di mana Terengganu perlu lebih bersedia untuk menghadapi tuan rumah di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dalam memastikan pasukan meraih kemenangan berterusan.

Justeru, bekas penyerang Melaka United itu tidak akan mengambil mudah setiap pergerakan lawan dalam usaha menyekat peluang mereka selain Terengganu juga perlu lebih agresif untuk memburu jaringan.

“Sudah tentu ia tidak mudah sebab Negeri Sembilan mesti nak menang selepas mereka kalah tempoh hari, dan kita tidak boleh nak pandang mudah dekat mana-mana lawan sekali pun.

“Setiap pasukan ada kelebihan masing-masing dan kami juga tahu situasi di pasukan ini untuk pastikan kami dapat beraksi dengan lebih baik.

“Apa yang penting, kita perlu betul-betul fokus sebab saya yakin Negeri Sembilan tidak akan beri jalan mudah kepada kita nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Norde turut menyifatkan tahap keyakinan pemain semakin bertambah terutamanya selepas menang ke atas PDRM tempoh hari.

Sudah tentu, ia bukanlah permulaan yang agak baik untuk Terengganu apabila mereka gagal memburu sebarang jaringan dalam tiga perlawanan awal, namun kali ini dia turut sama ingin bekerja keras dalam usaha meledak gol peribadi.

“Saya rasa ia adalah sesuatu yang baik apabila kita mula menang ke atas PDRM untuk dapatkan semula tahap keyakinan terutamanya selepas tewas dua kali dan seri sekali pada awalnya.

“Untuk saya sendiri, sudah pastinya saya masih perlu mengambil masa untuk cuba menyesuaikan diri sebab ini kali pertama saya di Terengganu.

“Saya rasa setiap pemain sudah tentu ada keinginan untuk tunjukkan kemampuan masing-masing dan walaupun saya masih belum puas, saya memang akan usaha untuk perbaiki apa yang patut,” tambahnya.

Dua perlawanan Liga Super akan berlangsung pada malam ini menyaksikan Perak bakal menerima kunjungan Sri Pahang dan Negeri Sembilan akan menentang Terengganu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN