“Cuai & Leka”- Nafuzi Zain Mahu Atasi 2 Kelemahan Sebelum Bertemu Kuching City

Nafuzi Zain mempunyai misi tersendiri untuk aksi kelima saingan Liga Super 2023, setelah skuad kendaliannya iaitu Kedah Darul Aman (Kedah) kembali mencatat kemenangan beberapa hari lalu bagi mengatasi Kelantan United.

Menerusi kemenangan tipis 3-2 Kedah untuk mengatasi Kelantan United lalu, ianya jelas menaikkan kembali moral para pemain bagi tampil lebih bersedia pada perlawanan seterusny bertemu Kuching City.

https://twitter.com/kda_fc/status/1636223791763423233?s=46&t=Znnphkhp1Vz6KTIQvH2h3A

Beraksi di halaman sendiri, pastinya kelebihan tersebut mahu digunakan sepenuhnya oleh para pemain Kedah untuk terus mencatat keputusan positif bagi memberi persaingan sengit buat kelab-kelab lain.

Jelas Nafuzi, segala tekanan yang dihadapi oleh para pemain akibat daripada dua kekalahan dialami kepada PDRM dan Penang sebelum itu dijangka sudah pun berkurangan.

Untuk itu, pastinya moral mereka bertambah dengan lebih baik untuk aksi bertemu Kuching City pada hari esok, yang dijangka bakal tampil sengit di hadapan ribuan para penyokong di Stadium Darul Aman (SDA).

“Kemenangan ini akan meningkatkan kembali moral setiap pemain untuk turun beraksi menentang Kuching City esok dan saya jangka kami akan lebih berkeyakinan untuk mencatat keputusan yang positif berbanding keadaan semasa dua kekalahan sebelum ini di Darul Aman.

“Bila kami mencapai kemenangan, saya jangka tekanan akibat kekalahan dikalangan pemain selama ini juga akan berkurangan dan mereka dijangka akan beraksi dengan lebih bermotivasi dan berkeyakinan.

“Saya juga berharap kita dapat meneruskan momentum kemenangan ini bagi mengukuhkan kedudukan kami dalam kelompok lima pasukan teratas liga sebelum liga berehat hampir dua minggu selepas ini. Ini penting bagi memulakan kembali aksi dengan ‘mood’ yang baik pada awal April nanti,” katanya menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, pengendali muda berpotensi besar itu juga berharap momentum kemenangan dapat terus dikekalkan, selain memperbaiki sudut pertahanan bagi mengelakkan sebarang kesilapan berlaku yang bakal menyebabkan mereka kehilangan tiga mata.

“Kecuaian dan kelekaan pemain yang menyebabkan kita dihukum dengan kekalahan itulah yang kita akan terus berikan fokus dan perhatian pada aksi seterusnya agar kesilapan mudah ini tidak lagi merugikan kita.

“Jadi saya mahu memberi fokus pada isu ini bagi memastikan kami bersedia sepenuhnya untuk menentang Kuching City ini yang juga saya anggap mereka merupakan satu lagi pasukan yang boleh memberi ancaman besar buat kami jika mengambil jalan mudah,” katanya.

Ketika ditanya mengenai penyerang utama Kedah iaitu Willian Lira, jelas Nafuzi menaruh harapan besar buat pemain import tersebut, setelah beliau berjaya menjaringkan gol pada perlawanan lalu.

“Saya tetap yakin dengan kemampuan oleh penyerang Willian Lira yang juga berjaya menghasilkan gol semasa aksi menentang Kelantan United dan saya tidak sangsi dengan kemampuan serta usaha yang dia tunjukkan,” ujar Nafuzi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN