Tottenham Hotspur telah mengemukakan rayuan terhadap kad merah yang diberikan kepada Son Heung-min selepas melakukan terjahan ke atas Andre Gomes dalam perlawanan menentang Everton pada Ahad lepas.
Bentesan Son dari belakang telah mengakibatkan bekas pemain tengah Barcelona itu mengalami kecederaan ngeri di bahagian buku lalinya selepas bertembung dengan Serge Aurier dan Gomes dilaporkan telah menjalani pembedahan pada Isnin.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Goodison Park itu, Son kelihatan terkejut dan menangis selepas melihat kecederaan serius yang dialami Gomes.
Son Heung Min Sangat Sedih, Everton Sahkan Gomes Akan Dibedah – https://t.co/y1Xf9aG4t4 pic.twitter.com/nQhjtgj6tE
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) November 4, 2019
Pengadil Martin Atkinson yang pada mulanya memberikan Son kad kuning kemudian terus menukar kepada kad merah setelah melihat keadaan Gomes.
Ulangtayang juga menunjukkan Gomes mendapat kecederaan tersebut selepas terjahan Son menyebabkan Gomes terjatuh dan merempuh Aurier yang sedang bersedia untuk menerjah ke arah bola.
Did Son Heung-min deserve to be sent off for this tackle on Andre Gomes? 🧐
🔁 = Yes
❤️ = No pic.twitter.com/vQOaW9u1wE
— GOAL (@goal) November 3, 2019
Menjelaskan keputusan Atkinson, badan pengurusan Liga Perdana Inggeris (EPL) mengatakan kad merah yang diberikan kepada Son adalah kerana perbuatannya yang membahayakan keselamatan pemain lain.
Dalam media sosial juga berlaku perdebatan oleh peminat bola sepak sama ada Son harus dipersalahkan atau tidak berikutan kecederaan yang berlaku tersebut.
Namun berdasarkan kenyataan EPL, kad merah itu wajar diberikan kerana terjahan Son adalah penyebab Andre Gomes hilang keseimbangan lalu terjatuh dan merempuh Aurier.
https://twitter.com/IjobaSports1/status/1191228609786269696?s=20
Pengendali Spurs, Mauricio Pochettino menegaskan penyerang itu tidak berniat untuk mencederakan Gomes dan beliau percaya VAR sepatutnya digunakan untuk menidakkan tindakan buang padang itu.
“Ianya jelas menunjukkan Son tidak pernah berniat untuk menimbulkan masalah yang berlaku itu. Saya tidak pelik bagaimana kad merah boleh diberikan,” kata Pochenttino kepada BBC.
Jika rayuan itu tidak diterima, Son akan terlepas tiga perlawanan EPL berdepan Sheffield United, West Ham dan Bournemouth.
Dalam perkembangan lain, Everton telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi dan mengesahkan Gomes kini sedang menjalani rawatan untuk merawat kecederaan di buku lali kanannya dan segala proses rawatan berjalan dengan lancar.
— Everton (@Everton) November 3, 2019
“Andre kini memerlukan masa yang secukupnya untuk tempoh pemulihan di hospital sebelum kembali untuk proses rehabilitsai di bawah jagaan staf perubatan kelab. Beliau dijangka akan kembali pilih sepenuhnya.
“Mewakili Andre, pihak kelab ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong dan semua keluarga besar Everton di atas segala mesej dan sokongan yang diterima sejak perlawanan tempoh hari.”