Pemain antarabangsa Korea Selatan, Son Heung-Min dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Antarabangsa AFC 2019, di dalam satu majlis gala yang diadakan semalam di Hong Kong.
Anugerah sama turut dimenangi oleh Son pada tahun 2015, dan juga 2017, menjadikan anugerah pada tahun ini sebagai yang ketiga buat pemain penyerang Tottenham Hotspur itu.
https://twitter.com/DugoutID/status/1201682465271799808
Selain daripada anugerah AFC, Son juga adalah pemain terbaik di rantau Asia untuk Anugerah Ballon d’Or 2019.
Dicalonkan sebagai 30 pemain terbaik untuk anugerah berprestij untuk pencapaian individu tersebut, Son mengakhiri undian di kedudukan ke-22.
Dianjurkan oleh majalah bola sepak terkenal dunia, France Football, Anugerah Ballon d’Or ditentukan oleh undian daripada wartawan bola sepak terkenal dari seluruh dunia.
Son adalah pemain terbaru dari Asia yang tercalon untuk anugerah tersebut selepas pemain Iraq, Younis Mahmoud pada 2007.
Pada ketika itu, Mahmoud mengakhiri undian di tangga ke-29. Mahmoud adalah satu-satunya pemain dari Asia yang pernah tersenarai sebagai calon Ballon d’Or sebelum Son.
Son Heung-min becomes top Asian finisher in Ballon d'Or voting#BallonDor #BallonDor2020 https://t.co/FZ6wNUdbQU
— The Korea Herald 코리아헤럴드 (@TheKoreaHerald) December 3, 2019
Pada 2018, Son membantu Korea Selatan muncul pemenang pingat emas di Sukan Asia yang diadakan di Jakarta, Indonesia.
Pencapaian beliau bersama Tottenham sehingga membawa kelab London itu tampil di perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah pada musim 2018/19 juga adalah salah satu pencapaian terbaik beliau.
Pada musim yang sama, Son turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Tottenham Hotspur.