Son Heung-min dengan gembira menyambut kedatangan rakan sepasukannya di lapangan terbang selepas skuad Tottenham Hotspur tiba di bumi Korea Selatan untuk aksi pra-musim mereka.
Tottenham Hotspur berkunjung ke Korea Selatan untuk aksi pra-musim mereka dan kedatangan mereka disambut oleh Son Heung-min bersama para penyokong di lapangan terbang.
Pada tahun 2018 yang lalu, beliau berjaya memimpin skuad kebangsaan Korea untuk memenangi pingat di temasya Sukan Asia.
Son Heung-min welcomed the team to South Korea as Tottenham start their tour.. 🇰🇷🤝
🎥 @SpursOfficial pic.twitter.com/YMGQjBMCIB
— SPORTbible (@sportbible) July 10, 2022
Kejayaan beliau melakukan hal tersebut berjaya membantu beliau untuk mengelak dari menyertai sesi ketenteraan wajib Korea Selatan.
Tottenham Hotspur tiba di bumi Korea Selatan untuk aksi pra-musim mereka, dengan skuad kendalian Antonio Conte itu mendapat sambutan hangat para peminat di lapangan terbang Seoul.
Son sebenarnya tiba lebih awal berbanding rakan sepasukannya yang lain, dengan beliau kemudiannya menjadi penyambut tetamu menunggu para pemain Tottenham Hotspur di lapangan terbang.
Beliau turut mengangkat sepanduk mengucapkan selamat datang ketika menanti kedatangan para penyokong mereka di stadium.
Tottenham Hotspur pada ketika ini sedang melakukan persiapan untuk menghadapi aksi musim baharu nanti, dengan mereka sah kembali ke saingan Champions League.
Daniel Levy & Antonio Conte welcomed to South Korea by Son Heung-min 🇰🇷🤝 pic.twitter.com/zmEhcQKu9I
— The Spurs Web (@thespursweb) July 10, 2022
Tottenham Hotspur akan turun beraksi bertemu kesebelasan terbaik K League sebelum mereka akan beraksi bertemu Sevilla Sabtu ini.
Son telah menjadi bintang berkelas dunia sejak menjadi nadi utama Tottenham Hotspur, dengan beliau pada ketika ini dianggap sebagai pemain penyerang terhebat dalam dunia bola sepak.
Pada musim lalu, Son Heung-min berjaya mengakhiri saingan Premier League sebagai penjaring terbanyak bersama Mohamed Salah.
Bekas bintang Bayer Leverkusen, sebenarnya berpotensi untuk memenangi kasut emas sendirian, namun Salah berjaya menjaringkan gol pada hari terakhir saingan Premier League musim lalu.
Para peminat sangat teruja mahu menyaksikan bagaimana skuad Tottenham Hotspur pada musim baharu ini, apa lagi selepas melihat kecemerlangan mereka pada jendela perpindahan musim panas ini.
Selepas kejayaan mereka mendapatkan beberapa pemain pada jendela perpindahan musim panas ini, Tottenham Hotspur sepertinya telah mengetepikan empat pemain dari skuad utama mereka untuk aksi pra-musim ini.
Son Heung-min turns 30 today.
Happy birthday to the nicest guy in football ❤️ pic.twitter.com/ZTfypDpeDP
— GOAL (@goal) July 8, 2022
Sergio Reguilon, Giovani Lo Celso, Tanguy Ndombele dan Harry Winks telah diketepikan dari skuad Tottenham Hotspur ke Korea Selatan.
Kesemua empat pemain tersebut berpotensi untuk meninggalkan kelab kerana Spurs pada ketika ini dilaporkan mahu menjual kesemua mereka.
Memandangkan Spurs melalui jendela perpindahan musim panas ini dengan sangat cemerlang, maka tidak hairanlah mengapa para peminat sangat teruja mahu melihat skuad mereka pada musim baharu nanti.