Son Heung-min Bakal Jalani Rawatan, Peluang Ke Piala Dunia Mula Tipis

Son Heung-min

Penyerang Tottenham Hotspur dan Korea Selatan, Son Heung-min kini akan menjalani rawatan selepas pemain itu mengalami kecederaan baru-baru ini.

Son mengalami kecederaan di bahagian muka selepas mengalami retak di bahagian mata kirinya ketika membantu Tottenham menewaskan Marseille dalam aksi UEFA Champions League.

Detik menyakitkan Son itu berlaku selepas beliau berebut bola dengan Chanel Mbemba ketika di udara.

Ianya kemudiannya menyebabkan hidung Son berdarah dan mata kirinya tidak dapat dibuka.

Peluang mula tipis

Kecederaan yang dialami Son bukan sahaja akan memberikan kesan kepada Tottenham tetapi paling utama adalah buat Korea Selatan.

Berbaki sebulan sahaja sebelum Piala Dunia 2022 berlangsung, potensi untuk Son kembali cergas sepenuhnya adalah masih menjadi tanda tanya dan sekiranya beliau tidak berjaya sembuh – Korea Selatan akan mengalami masalah besar.

“Hasil daripada pembedahan, Son akan menjalani proses rehabilitasi bersama staf perubatan kami dan kami akan berikan laporan selanjutnya selepas ini,” kata Tottenham menerusi laman rasmi mereka.

Bagi FA Korea Selatan, mereka tiada jalan lain selain memerhatikan dengan penuh rapi keadaan Son sambil berharap pemain itu akan pulih sebelum Piala Dunia bermula.

“Berkenaan status Son Heung-min di Piala Dunia, kami akan memerhatikan perkembangannya selepas pembedahan.

“Kami juga akan sentiasa berhubung dengan staf perubatan Tottenham mengenai kecederaan Son,” kata badan induk bola sepak Korea Selatan itu.

Jika Son tidak dibawa ke Qatar, ia bakal jadi tamparan hebat buat pasukan Asia ini kerana kehilangan ketua pasukan merangkap ayam tambatan mereka.

Korea Selatan akan bertemu Uruguay, Ghana dan Portugal dalam kumpulan H Piala Dunia 2022.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN