Son Heung-min Adalah ‘Mesin’: Pemain Asia Pertama Ledak 100 Gol Dalam Saingan EPL

Nama Son Heung-min secara tiba-tiba kembali memuncak musim ini dalam arena bola sepak antarabangsa, selepas kejayaan beliau untuk melakar sejarah tersendiri dalam kariernya di England.

Terbaharu, Son telah mencipta sejarah untuk menjadi satu-satunya pemain Asia yang berjaya meledak 100 gol dalam saingan English Premier League (EPL) dan memberi nafas baharu buat bola sepak di rantau tersebut.

Rekod tersebut dilakar, selepas Son berjaya meledak satu gol ketika aksi Tottenham Hotspur melakar kemenangan tipis 2-1 mengatasi Brighton & Hove Albion, semalam.

Sepanjang bersama Tottenham, pemain ini turut mencipta nama tersendiri untuk meletakkan diri beliau selaku pemenang Anugerah Puskas pada tahun 2020, serta menjadi penjaring terbanyak EPL musim lalu.

Kejayaan itu pastinya mengukuhkan nama Son sebagai pemain bola sepak Asia paling berpengaruh ketika ini dan sukar digugat rekodnya dalam saingan EPL pada masa akan datang.

Reputasi semasa Son juga pada musim ini masih lagi baik, walaupun rekod jaringannya bersama kelab sedikit perlahan berbanding sebelum itu atas beberapa faktor.

Sehingga kini, Son telah meledak tujuh gol secara keseluruhan bersama empat bantuan jaringan daripada 28 penampilan bersama Tottenham musim ini dalam saingan EPL.

Jelas Son, beliau berharap supaya lebih ramai pemain Asia khususnya dari Korea Selatan percaya mereka juga mampu mencipta kejayaan seperti dilakar olehnya.

“Saya harap ramai lagi pemain Asia, terutama sekali dari Korea Selatan melihat kejayaan ini dan percaya mereka juga mampu melakukannya dengan lebih baik.

“Ia merupakan perkara yang sangat baik buat Asia, dan saya mengambil tanggungjawab besar untuk menjadi contoh terbaik bagi membantu bakat-bakat muda.

“Sudah tentu saya mahu para pemain muda ini percaya yang pemain dari Asia juga mampu mencipta sejarah hebat di Premier League seperti apa telah dibuat oleh saya,” jelas Son menerusi Goal.com.

EPL sebelum itu menyaksikan ramai pemain-pemain dari Asia yang beraksi di sana, namun kebanyakan gagal untuk mengekalkan konsistesi mereka bersama kelab seperti Son.

Nama pemain Asia yang mempunyai masa depan cerah untuk mengikuti jejak Son ketika ini terarah kepada bintang Jepun yang mewakili Brighton, Kaoru Mitoma.

Pada usia masih muda dan prestasi semasa beliau yang sangat menyakinkan, Mitoma mempunyai peluang untuk mengikut jejak langkah Son sekiranya perjalanan karier pemain tersebut terus konsisten.

Sumber:
Goal.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN