Ole Gunnar Solskjaer yakin Manchester United mampu meyakinkan David de Gea untuk mengikat kontrak baharu untuk kekal di Old Trafford walaupun belum ada pengumuman rasmi mengenai status pemain tersebut.
Khabar angin bertiup kencang mengatakan penjaga gol antarabangsa Sepanyol itu semakin hampir untuk mengikat kontrak selama enam tahun, namun Solskjaer mengakui beliau tidak tahu menahu mengenai perekembangan rundingan diantara kelan dan wakil De Gea.
BREAKING: Duncan Castles is reporting that De Gea has signed a 5 year contract at Manchester United, also becoming the clubs best paid player. ?
Happy with the news reds? ??? #MUFC pic.twitter.com/mkGDmiESx0
— StretfordPaddock (@StretfordPaddck) September 13, 2019
“Saya sangat yakin ianya akan diselesaikan. Beliau [De Gea] tidak pernah berkata perkara lain, melainkan memaklumkan dirinya amat menghargai kelab dan mahu terus kekal di sini,” ujar Solskjaer dalam sidang media menjelang pertemuan menentang Leicester City pada hari ini.
“Anda harus bertanya kepada David [De Gea] dan juga kelab. Ini kerana saya tidak terlibat dengan perbincangan. Saya harapkan ia boleh diselesaikan.
“Beliau tahu apa yang kita mahu bina di sini. Kami mahukan pemain terbaik, dan pemain yang kami mahukan setakat ini semuanya kekal.
David De Gea signs new Manchester United contract. #MUFC #ESP https://t.co/cTE5fBRTR8 pic.twitter.com/Vzz0WgYENn
— Duncan Castles (@DuncanCastles) September 13, 2019
“Saya yakin kelab mampu meyakinkan David masa depan beliau yang cemerlang adalah di sini.”
Selain daripada De Gea, Manchester United sebenarnya memiliki beberapa penjaga gol lain yang mampu tampil sebagai pengganti.
Di bangku simpanan Sergio Romero dan Lee Grant sebagai penjaga gol yang berkemampuan, selain daripada penjaga gol muda England, Dean Henderson yang kini dipinjamkan kepada Sheffield United.