Quantcast

BERITA

Sterling Harus Sasar Jadi Seperti Ronaldo Atau Messi – Guardiola

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola yakin Raheem Sterling mampu mencapai tahap kemampuan seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Selepas menyerlah dalam dua perlawanan bersama England sepanjang tempoh dua mingu lalu, Gareth Southgate yakin Sterling mampu mencapai tahap yang sama seperti kedua-dua pemain itu.

Guardiola mempunyai pendapat yang sama. Walaupun percaya tiada pemain yang boleh disamakan dengan Ronaldo dan Messi pada hari ini, Sterling harus mensasarkan untuk menjadi sehebat kedua-dua pemain tersebut.

“Ia sudah tentu sebuah impian untuk dia [Sterling] dan juga untuk kita semua,” ujar pengurus dari Sepanyol itu.

“Jika Raheem boleh mensasarkan tahap tersebut – Wow!

“Kami akan berada di sini untuk membantu dan sudah tentu beliau boleh melakukannya. Saya tidak akan menjadi penghalang atau menjadi individu yang meletakkan had untuk perkara sebegitu. Saya mahu beliau mencapainya.

“Tetapi buat masa ini belum ada pemain di mana-mana kelab boleh dibandingkan dengan kedua-dua pemain, dan melakukan perkara yang sama setiap minggu sepanjang 10 tahun yang lalu.

“Mereka adalah legenda yang tidak boleh ditandingi buat masa ini.”

Sterling sudah pun menjaringkan lapan gol dari lapan penampilan untuk kelab dan pasukan kebangsaan pada musim ini, termasuk dalam perlawanan menentang Bulgaria dan Kosovo tempoh hari.

Bagaimanapun Guardiola berharap Sterling tidak tergaggu dengan hamburan pujian yang diberikan dan berharap pemain itu meneruskan usaha keras yang dilakukannya sebelum ini.