Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solksjaer berkata, setiap pengurus mengimpikan tempatnya, tetapi beliau tidak merasa sebarang tekanan selepas Mauricio Pochettino kini sedang ‘menganggur’.
Pochettino yang dipecat oleh Spurs pada Selasa dan digantikan dengan bekas pengurus Manchester United, Jose Mourinho kini dikaitkan dengan tugasan di Old Trafford oleh media British.
Solskjaer bagaimanapun, telah diberikan jawatan itu secara tetap pada Mac setelah menunjukkan prestasi yang cemerlang sewaktu tempoh interim.
Ole Gunnar Solskjaer doesn't feel pressure at Man Utd with Mauricio Pochettino on market | @DiscoMirrorhttps://t.co/2fEWxxa4My pic.twitter.com/YpPSnPeBuX
— Mirror Football (@MirrorFootball) November 22, 2019
Tetapi sejurus sahaja diberikan jawatan tetap, United bergelut untuk mempamerkan prestasi konsisten termasuklah pada awal musim ini dan kini mereka sedang menghuni tangga ke tujuh Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 16 mata selepas 12 mata.
“Berita [tentang Pochettino] itu tidak mengganggu saya. Saya sedang memegang jawatan terbaik di dunia,” kata Solskjaer menjelang kunjungan pasukannya ke Sheffield pada Ahad.
“Jika kamu ada kerja, atau kamu tiada kerja dan kamu adalah seorang jurulatih, kami tentu mashukan jawatan ini. Tidak kira apa yang berlaku, saya akan kekal fokus kepada kerja saya dan melakukan sebaik mungkin.
“Saya telah berkali-kali bercakap dengan [Naib Pengerusi Eksekutif] Ed Woodward dan pemilik kelab, kami akan bawa kelab ini terus ke depan.”
https://twitter.com/mufcnews2019/status/1197779385891225600?s=20
United akan berdepan pasukan tangga kelima, Sheffield United tanpa dua pemain tengah, Scott McTominay dan Paul Pogba yang kedua-duanya masih belum pulih daripada kecederaan buku lali.
“Scott akan disisihkan buat masa ini. Dia tidak berlatih bersama pasukan ketika ini. Diharapkan kita boleh mendapatkan khidmatnya untuk perlawanan bertemu Tottenham dan Manchester City pada bulan depan,” kata Solskjaer.
“[Pogba] telah menjalani satu lagi ujian dan imbasan pada awal tempoh rehat antarabangsa dan staf perubatan mendapati dia masih belum sembuh sepenuhnya. Tetapi beliau berusaha keras untuk proses pemulihan.