Quantcast

BERITA KOMUNITI

Pasukan Bola Sepak Orang Kudung Malaysia ‘Uji’ The Ohana FC

Kekurangan dalam diri tidak langsung menyentap semangat Pasukan Bola Sepak Orang Kudung Malaysia untuk mencabar kelab liga sosial Lembah Klang, The Ohana FC di KV Rhino Arena, Shah Alam awal pagi tadi.

Bukan keputusan menjadi ukuran tetapi idea kebersamaan tanpa mengira keadaan fizikal sesama manusia itu jelas sesuatu yang wajar mendapat pujian.

Perlawanan amal ini adalah sebagai simbolik kepada sokongan penuh The Ohana FC terhadap #ProjekTongkat yang bermatlamat bagi membawa Kelab Bolasepak Kudung Salam dari Gaza, Palestin ke Malaysia selama dua minggu untuk jelajah ke seluruh negara pada Februari depan.

Ia merupakan pemanas badan buat pasukan dari Palestin itu sebelum bertanding dalam Kejohanan 6 Negara Piala Jemputan Persatuan Bolasepak Orang Kudung Malaysia (MAFA) 2020.

Selain The Ohana FC yang pastinya menyokong usaha ini, #ProjekTongkat diketuai oleh Persatuan Bola Sepak Orang Kudung Malaysia (MAFA) dan turut mendapat sokongan daripada Pan-Disability Football Club, The Ohana FC, IMAM Response & Relief Team РIMARET, Malaysian Humanitarian Aid and Relief РMAHAR dan Viva Palestina Malaysia (VPM).

Dalam perkembangan sama, Setiausaha MAFA, Hakimi Nasir ketika ditemui wakil SemuanyaBOLA pagi tadi berkongsikan kekangan yang dihadapi pasukan Bola Sepak Orang Kudung Malaysia.

”Rintangan yang kami hadapi setakat ini walaupun kami ada dapat bantuan daripada pihak seperti CIMB Foundation, Pan- Disability Club dan beberapa pihak lagi adalah kami ¬†tidak mendapat cukup pendedahan.

”Pendedahan terhadap sukan ini di Malaysia saya rasa masih di paras yang rendah. Sebab jika kita tengok di luar seperti United Kingdom, Turki, Poland, sukan bola sepak kudung ini mempunyai liga sendiri.”

”Yang paling dekat ialah Jepun. Mereka ada liga sendiri di mana mempunyai 10 pasukan dan mempunyai perlawanan pada setiap minggu seperti bola sepak normal. Diharapkan Malaysia juga dapat melakukan perkara yang sama.”

”Contohnya ada pihak yang sanggup bersama dengan beberapa penaja kita yang saya sebutkan tadi, akan mampu kembangkan lagi peluang jadi dapat sesuaikan permintaan [terhadap bola sepak orang kudung].

Besar harapan para pemain Bola Sepak Orang Kudung Malaysia ini untuk beraksi di pentas Piala Dunia.

Pada anda yang berhajat untuk memberikan sumbangan bagi menjayakan #ProjekTongkat, berikut adalah butiran dan segala keterangan lanjut boleh terus ke Facebook rasmi Projek Tongkat.

  • Akaun: Kelab Bolasepak Pan-Disability
  • CIMB: 800 204 6126
  • Rujukan: MAFA

Kredit foto: Aifiqimages