Solskjaer Sempat Mesej Peminat Sebelum Nyahaktif Twitter

Sehari selepas Manchester United mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan AZ Alkmaar dalam Europa League, bos Man United, Ole Gunnar Solskjaer telah menyahaktifkan akaun twitter beliau.

Buat masa ini, tidak pasti apa sebab beliau berbuat demikian. Namun ramai penyokong Man United percaya ianya kerana kecaman melampau ke atas beliau menerusi platform tersebut.

Solskjaer memiliki lebih 124,000 pengikut termasuk beberapa pemain Man United.

United Arena berkongsi satu paparan tangkap layar, di mana mereka menerima mesej peribadi daripada Ole Gunnar Solskjaer.

Ianya respon kepada komen positif peminat tersebut yang terus memberikan sokongan kepada Ole dan Man United.

Ole menulis teks: “Hi Sam. Terima kasih di atas mesej kamu. Saya gembira, adanya seseorang yang dapat melihat peningkatan. Dan [aspek] serangan akan menyusul.”

United Arena menjelaskan: “Saya memberitahu Ole bahawa saya faham projek yang sedang dilaksanakan oleh beliau. Dan saya menyebut beberapa perkara yang baik.”

“Saya tahu, kini kita di masa sukar dan menyatakan bahawa, dengan lebih banyak pembelian dilakukan, dan berterusan berlatih, saya yakin belia [Ole] akan membawa kita naik semula. Saya juga doakan yang terbaik untuk beliau.”

“Saya ingat lagi, beliau pernah merujuk satu kiriman saya tentang kadar ‘pressing’ dalam perlawanan pertama beliau bersama Cardiff dan United juga mencatatkan kadar ‘pressing’ kedua terbaik di bawah beliau musim lalu.”

“Beliau menyatakan perkara itu ketika pra musim dan saya percaya beliau melihat kiriman itu dan tahu beliau mengikuti saya.”

“Saya menghantar mesej kepada beliau dan saya gembira kerana beliau membalasnya.”

Perkongsian tentang mesej beliau dengan Solskjaer kemudian dipadamkan atas sebab-sebab tertentu. Namun United Arena menjelaskan, mereka berkongsi sebelum ini, tiada niat lain, selain daripada mahu menzahirkan kegembiraan mereka, bahawa kajian mereka diiktiraf oleh jurulatih seperti Ole Gunnar Solskjaer.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN