La Liga: Hazard Buka Akaun Gol Dalam Kemenangan Real Madrid

Pemain termahal dalam sejarah Real Madrid, Eden Hazard akhirnya membuka akaun gol beliau bersama dengan pasukan barunya, Real Madrid.

Hazard juga melakukan satu bantuan gol dalam kemenangan bergaya Real Madrid – 4-2 – ke atas Granada. Kemenangan yang meletakkan Real Madrid berada di puncak liga.

Zinedine Zidane mahu memastikan pasukannya bangkit daripada prestasi tidak memuaskan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, dengan diikat oleh Club Brugge.

Thibaut Courtois terpaksa direhatkan kerana isu kesihatan. Pintu gol Real Madrid dikawal oleh Areola.

Karim Benzema membuka tirai jaringan seawal minit ke-2 lagi. Pada masa kecederan separuh masa pertama, Eden Hazard menjaringkan gol dengan menyungkit bola mengatasi Rui Silva.

Bersambung babak kedua, Luka Modric menjaringkan gol ketiga untuk Real Madrid.

Namun selepas itu, Real Madrid agak cemas, apabila Granada menjaringkan 2 gol untuk merapatkan kedudukan. Gol tersebut adalah menerusi penalti oleh Darwin Machis dan juga Domingos Duarte.

Pada masa kecederaan, Real Madrid memastikan 3 mata milik mereka. Ini selepas James Rodriguez menjaringkan gol ke-4.

Kemenangan ini memastikan Real Madrid kekal tidak kalah dalam saingan La Liga selepas 8 perlawanan setakat ini.

Selepas minggu rehat antarabangsa, Real Madrid akan berhadapan dengan Real Mallorca, diikuti Galatsaray – dalam saingan ucl, dan selepas itu aksi el clasico menentang Barcelona.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN