Solskjaer Salahkan Pengadil Beri Masa Tambahan 4 Minit Punca Man Utd Seri

Ole Gunnar Solskjaer jelas tidak gembira dengan tempoh masa kecederaan diberikan pengadil, Jon Moss, sehingga membenarkan Everton mencuri satu mata pada minit akhir dari Old Trafford dalam perlawanan menentang Manchester United pada awal pagi tadi.

Dominin Calvert-Lewin menjaringkan gol pada minit ke-95 untuk Everton mencatatkan keputusan seri 3-3 sekaligus menyukarkan misi Manchester United mengejar Manchester City di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris.

Solskjaer  membandingkan keputusan Moss dengan tempoh masa kecederaan tiga minit sahaja yang diberikan oleh Mike Dean ketika Man United membelasah Southampton 9-0 pada pertengahan minggu lalu, di mana pasukannya selesa dengan jumlah jaringan besar dan lawan beraksi dengan sembilan pemain.

https://twitter.com/TOFnews/status/1358216473865519104

“Tempoh empat minit diberikan sukar untuk saya jelaskan jika mahu dibandingkan dengan tiga miniy sahaja sebelum itu,” kata Solskjaer.

“Tetapi kami sepatutnya beraksi lebih baik pada minit-minit tersebut.

“Kami perlu menghantar bola berada di sudut dan memastikan keadaan selamat, tetapi kami tidak melakukannya. Mereka [Everton] melakukan ancaman dari situ dengan 10 pemain lain menunggu di dalam kotak penalti.

“Ia adalah gol yang lemah. Sepanjang perlawanan anda sememangnya menunggu lawan menghasilkan satu atau dua ancaman. Tetapi apabila ia berlaku pada minit akhir ia amat mengecewakan.

“Perasaannya menjadi lebih teruk kerana ia berlaku pada minit ke-94. Lima minit pertama pada babak kedua juga sukar. Tetapi kami beraksi lebih baik selepas itu dan sepatutnya memastikan perlawanan ini di dalam gengaman.

“Bola sepak ialah mengenai menyumbat gol ke dalam gawang lawan. Kami tidak melakukannya dengan baik dan akhirnya terpaksa menanggung kerugian.”

Solskjaer juga mengesahkan Paul Pogba mengalami kecederaan otot apabila pemain itu dikeluarkan selepas tamat babak perlawanan dan berjalan terhencot-hencot.

Setakat ini, Manchester United perlu menunggu sehingga Ahad untuk ujian dilakukan dan mengetahui sama ada pemain tengah itu perlu disisihkan atau tidak.

“Beliau tidak dapat teruskan perlawanan,” kata Solskjaer. “Esok beliau akan menjalani imbasan untuk melihat sama ada ia serius atau tidak.”

Baca artikel menarik lain dari kami:

10 Rekod Luar Biasa Dalam Bola Sepak Yang Hanya Mampu Dihasilkan Oleh Cristiano Ronaldo

Rory Delap: Taktik Ganjil Hull City Hadapi Throw-In Yang Dibenci Wenger

Kenali Ashwin Raman, Remaja 17 Tahun Dibayar Oleh Kelab Scotland Untuk Buat Analisis

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN