Pengurus sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui yang pasukannya tidak setaraf dengan Paris Saint-Germain (PSG).
Hal ini kerana, pasukan Perancis itu berada di satu tahap yang cukup berbeza selepas berjaya menewaskan Manchester United di Old Trafford.
Menurut laman Sky Sports, Solskjaer mengatakan yang pasukannya tidak beraksi pada tahap yang diperlukan untuk mendapatkan keputusan yang sepatutnya.
Dan jelas, mereka tidak mampu untuk menyaingi tahap bola sepak yang diberikan oleh PSG.
“Kami tidak berada di tahap kami, pada tahap pasukan yang kami lawan. Kami mempunyai rekod yang baik, prestasi yang baik tetapi semestinya kami perlukan langkah yang besar.”
“Tidak hairan kenapa PSG merupakan pasukan pilihan untuk menang kejuaraan ini. Itulah tahap yang diperlukan di kelab ini.”
Manchester United diberikan hakikat sebenar bola sepak oleh PSG apabila akhirnya tewas buat pertama kali di bawah kendalian Solskjaer.
Presnel Kimpembe dan Kylian Mbappe menjaringkan gol hasil dari umpanan bekas pemain Manchester United iaitu Angel Di Maria.
Walaupun tewas, Solskjaer tetap yakin pasukannya mampu untuk tetap layak dan mencipta kejutan di Paris.
“Di kelab ini, kita kena bangkit semula. Kena bangkit semula.”
“Bila kami bertandang ke Paris, kita kena berikan saingan. Semestinya sukar, tetapi tiada yang mustahil.”
“Jika kami berjaya dapatkan gol pendahuluan 1-0 di separuh masa pertama, nanti kami ada peluang untuk mara.”