Solskjaer Kagum Perubahan Pada Mason Greenwood Selepas ‘Lockdown’

Mason-Greenwood-Manchester-United

Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer dilihat tidak menyembunyikan rasa kagum dengan perubahan positif pemain mudanya, Mason Greenwood.

Menurut Solskjaer, beliau melihat Greenwood kini menjadi penyerang yang lebih fizikal dalam beberapa sesi latihan sejak tiga minggu lalu dan ini perkembangan yang sangat baik dalam perkembangan bakat pemain yang baru berusia 18 tahun itu.

‘See the chest, man’

Sebelum Solskjaer mengeluarkan kenyataan tersebut, para penyokong The Red Devils terlebih dahulu ternampak perubahan pada fizikal pemain tersebut pada posting gambar sesi latihan pasukan di laman Twitter MUFC Scoop pada Selasa lalu.

Di dalam gambar dengan kapsyen, ‘Mason Greenwood & Anthony Martial in training today‘ itu, jelas kelihatan susuk tubuh Greenwood yang berjalan di belakang Martial dan banyak mata yang tidak terlepas pandang perubahan fizikal pemain itu.

“Nampak seperti Mason bekerja keras untuk bentuk fizikalnya semasa perintah sekatan pergerakan,” ujar salah seorang pengguna Twitter, robert douglas.

Ada antara penyokong-penyokong yang berkata barisan pertahanan lawan tentu akan berdepan kesukaran apabila berdepan Greenwood selepas ini selain badannya yang dilihat lebih tegap daripada sebelum ini dengan ungkapan, “See the chest, man.”

Solskjaer nampak sisi positif

Dalam 36 penampilannya pada musim ini, pemain yang lahir daripada akademi mereka itu telah meledak 12 gol. Ini merupakan musim sulungnya dalam saingan English Premier League (EPL), namun beliau nyata tidak ‘segan’ untuk menghasilkan gol.

Selepas berakhir tempoh perintah sekatan pergerakan dan kelab-kelab dibenarkan untuk menjalani semula latihan untuk menyambung saingan liga, Solskjaer berpuas hati dengan apa yang dilihatnya pada Greenwood – fizikal dan gaya permainan.

Mason Greenwood Manchester United 2020 Solskjaer
MANCHESTER, ENGLAND – JUNE 09: (EXCLUSIVE COVERAGE) Mason Greenwood of Manchester United in action during a first team training session at Aon Training Complex on June 09, 2020 in Manchester, England. (Photo by Matthew Peters/Manchester United via Getty Images)

“Mason adalah pemain yang masih muda. Dia baru berusia 18 tahun dan tempoh ‘lockdown’ tempohari telah memberikan yang terbaik kepadanya iaitu dia lebih berkembang dan Mason kini terlihat lebih matang berbanding usianya.

“Jadi, ianya [tempoh sekatan pergerakan] sangat membantu,” ujar pengendali berusia 47 tahun itu mengenai pemain yang turut diberikan olehnya kepercayaan sepanjang musim ini untuk membarisi jentera serangan gergasi EPL itu.

Transformasi hebat

Menurut laporan The Athelic, Greenwood telah meningkatkan otot di bahagian triceps, biceps dan quadriceps sebanyak 3kg dalam tempoh lebih kurang 12 minggu dalam ‘kurungan’ dan telah mengubah dirinya menjadi lebih tegap dan keras.

Jelas sekali pemain muda ini telah bekerja keras ketika berlatih sendiri di rumah dan latihan-latihan berat yang telah dilakukannya sendiri itu memberikan transformasi yang baik dari segi fizikalnya. Solskjaer nyata gembira dengan hasil tersebut.

Dan dalam satu klip latihan yang dikongsikan di laman Twitter, Greenwood dilihat dengan mudah menewaskan pertahanan, Victor Lindelof serta mempamerkan kekuatan baharu dirinya ketika mencipta peluang untuk dirinya menjaringkan gol.

Ini mungkin cabaran buat penyerang sedia ada di Manchester United seperti Marcus Rashford dan Martial. Greenwood muncul selepas ‘lockdown’ dengan sisinya yang baharu. Mampukah beliau tampil lebih kerap dalam kesebelasan utama?

Greenwood sudah matang?

Bentuk tubuhnya dilihat lebih tegap, lebih kuat dan mungkin Greenwood telah menjadi pemain yang lebih baik? Berdasarkan kenyataan Solskjaer, jelas pemain ini bukan sahaja nampak tegap tetapi permainannya juga dikatakan kini lebih keras.

“Sebelum ini, anda hanya melihatnya sebagai seorang budak. Kini, dalam sesi latihan, kelihatan dia dapat menggunakan kekuatannya dengan baik dan dia telah memberikan yang terbaik dalam tiga ke empat minggu sesi latihan pasukan,” jelasnya.

https://twitter.com/LzzDayan/status/1267445225385009153

“Dan kualitinya di depan gol masih sama tetapi kini dia lebih kuat untuk menewaskan pertahanan lawan,” tambahnya yang dipetik daripada Manchester Evening News.

Manchester United akan turun menentang Tottenham pada awal pagi nanti dan adakah kita akan berpeluang untuk melihat transormasi pemain muda ini? Atau Solskjaer akan masih memberikan kepercayaan kepada Martial dan Rashford?

Penutup

Adakah baki sembilan perlawanan EPL musim ini akan menjadi peluang terbaik buatnya untuk mempamerkan sisi terbaiknya selepas ‘lockdown’? Solskjaer kelihatan mahu memberikan pemain muda itu lebih peluang selepas melihat perubahan ini.

Sekiranya beliau menjadi pilihan pengendali tersebut berbanding Martial, ia adalah signifikasi yang jelas Greenwood ada potensi untuk menjadi bintang terhebat di Manchester United pada masa depan. Apa pendapat penyokong The Red Devils?

KREDIT FEATURED IMAGE: GETTY IMAGES & MANCHESTER UNITED

Baca lagi artikel lain mengenai Mason Greenwood dan Man United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN