Mason Greenwood Setia Bersama Manchester United

Penyerang muda Manchester United, Mason Greenwood telah menandatangani kontrak baru yang mengekalkannya di Old Trafford sehingga 2023 dengan pilihan sambungan selama setahun.

Pemain berusia 18 tahun itu merupakan produk atau ‘ubi’ yang dihasilkan oleh akademi United. Beliau membuat penampilan pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika berdepan Cardiff City pada Mei lepas.

“Membesar sebagai peminat tegar Manchester United, dapat peluang untuk bermain dalam skuad utama adalah satu impian yang telah menjadi kenyataan, kata Greenwood kepada media rasmi United, MUTV.

“Saya tahu apabila saya bermain untuk kelab ini, saya mewakili keseluruhan akademi dan saya mahu membalas segala kepercayaan yang diberikan oleh jurulatih dengan memberikan persembahan terbaik di atas padang.

“Saya banyak belajar perkara-perkara baru daripada pengurus dan semua staf kejurulatihan. Saya sedar dan tahu kelab ini sangat sempurna untuk membantu saya meraih potensi sebenar saya.

Greenwood adalah salah satu dari 12 produk akademi Manchester United yang diberi kesempatan untuk disenaraikan dalam skuad utama oleh pengurus Ole Gunnar Solksjaer pada musim ini.

https://twitter.com/AlexSportsXtra/status/1185258389665918977?s=20

Pemain kelahiran Bradford, England tu menandatangani kontrak profesional pertamanya di United pada Oktober 2018.

‘Mason telah mencapai perkembangan yang positif sejak bermula dari kecemerlangan di akademi. Kini kami sangat berbangga dengan segala kemajuan yang telah beliau capai.” kata pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solksjaer.

“Dengan umur yang masih begitu muda, beliau sudah pun mempunyai kepantasan luar biasa, bijak mengawal bola dan merupakan seorang peledak berbisa di hadapan gol.

“Sejak beliau hadir ke pasukan utama, beliau telahpun mengkagumkan ramai orang dengan sikapnya. Beliau mempunyai ciri-ciri lengkap untuk menjadi pemain terbaik di dunia.

“Mason kini sedang mengasah kemahirannya setiap hari sewaktu latihan bersama rakan sepasukan. Dengan etika kerjanya yang baik, tiada keraguan lagi, beliau mempunyai masa depan yang cerah.”

Leave a Reply