Solomon Islands Umum Tarik Diri Daripada Menyertai Piala Airmarine

Persatuan Bolasepak Kepulauan Solomon (SIFF) semalam mengesahkan mereka tidak akan menyertai kejohanan empat penjuru di Malaysia yang dinamakan sebagai Piala Airmarine bermula pada 20 hingga 23 Mac ini.

Hal ini kerana mereka sudah pun menetapkan aksi persahabatan bertemu Taiwan pada 24 Mac dan peraturan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tidak membenarkan setiap pasukan mengharungi lebih dua perlawanan persahabatan antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Bolasepak Kepulauan Solomon (SIFF), Leonard Paia dalam kenyataan rasminya menjelaskan mereka terpaksa menarik diri daripada saingan Piala Airmarine memandangkan persetujuan sudah dicapai dengan Taiwan terlebih dulu.

“Kami mendapat nasihat daripada FIFA dan Persekutuan Bolasepak Oceania (OFC) kerana berdasarkan Undang Undang FIFA, setiap pasukan hanya boleh beraksi maksimum dua perlawanan dalam satu jendela antarabangsa.

“Kami sememangnya berbesar hati untuk menyertai saingan Piala Airmarine namun situasi tidak membenarkan kami kerana kami sudah mendapat kelulusan daripada FIFA dan OFC untuk menentang Chinese Taipei pada 24 Mac,” katanya kenyataan itu.

Justeru itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu mencari sebuah lagi pasukan baharu bagi menggantikan tempat Solomon Islands selepas Oman dan Singapura sudah pun mengesahkan penyertaan mereka.

Menurut salah seorang daripada Exco FAM, Christopher Raj menerusi laman twitternya, Afghanistan yang berada di ranking 147 dunia kemungkinan akan menyertai Piala Airmarine dan pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan pengganti Solomon Islands.

Selepas Taiwan, Solomon Islands akan beraksi dalam satu lagi aksi persahabatan bertemu Vanuatu pada 17 Mac namun ia berlangsung di luar kalendar FIFA dan tidak mendatangkan sebarang masalah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN