MFL Tidak Yakin Dengan Pelan RM8 Juta Perlis, PFA Akan Kemukakan Rayuan Kedua

Perlis

Liga Bola Sepak Malaysia tidak yakin dengan janji Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) – bahawa mereka akan mendapat suntikan dana RM8 juta sekiranya dibenarkan untuk terus bermain dalam Liga Perdana.

Sebelum ini MFL membuat keputusan untuk menyingkirkan pasukan Perlis daripada Liga Perdana dan kesemua perlawanan yang sudah berlangsung melibatkan Perlis dibatalkan.

PFA mengemukakan rayuan mereka dan berharap MFL menarik balik keputusan mereka. Ini kerana PFA menyatakan mereka ada formula untuk menyelesaikan krisis kewangan yang berlaku. PFA membawa dokumen sokongan dan membentangkan bagaimana mereka boleh mendapat RM8 juta jika penggantungan itu ditarik balik.

MFL meminta Perlis mengemukakan dokumen yang berkaitan dengan wang penajaan yang akan didepositkan ke dalam akaun
escrow (pihak ketiga) bersama dengan akuan peguam dan perancangan masa depan PFA bagi mengukuhkan kewa­ngan.

MFL mahukan firma undang-undang mengesahkan jumlah wang penajaan dan mengeluarkan surat kepercayaan kepada MFL untuk menyokong bahawa akaun PFA sememangnya mempunyai dana.

MFL tidak yakin dengan dokumen yang dikemukakan oleh Perlis. Manakala PFA menyatakan mereka tidak berminat untuk bermain di Liga M3. Ini kerana menurut PFA, jika beraksi di Liga M3, mereka akan kehilangan penaja.

MFL menegaskan PFA gagal untuk memenuhi tuntutan MFL kerana mereka tidak mengemukakan surat akuan peguam yang menyatakan jumlah penaja berpotensi. PFA hanya memberitahu beberapa penaja yang akan mendepositkan tajaan terkumpul bernilai RM8 juta jika Perlis dibenarkan terus beraksi dalam Liga Perdana.

Dipetik daripada Utusan Malaysia, MFL menyatakan: “Perlis dimaklumkan surat daripada peguam itu mesti menunjukkan wang berada di dalam akaun.”

“Perlis turut dimaklumkan ia tidak boleh menjadi surat untuk mengatakan bahawa wang akan didepositkan dalam akaun jika rayuan diterima.”

“Timbalan Presiden PFA, Mohd. Abdul Karim Khan Mansor Ahmad Khan bersama penaja berpotensi Perlis bertemu Sekretariat MFL pada 26 Februari lalu untuk mengemukakan dokumen bagi tujuan rayuan.”

“Pada mesyuarat tersebut, Perlis me­rayu untuk kekal dalam Liga Perdana dan me­nyatakan mereka tidak berminat menyertai Liga M3 kerana ia akan membawa kepada penarikan penaja.”

“Setelah mengkaji dokumen PFA, surat daripada peguam pihak penaja berpotensi menyatakan bahawa penaja berpotensi hanya akan mendeposit dana penajaan RM8 juta jika rayuan Perlis dibenarkan. Ini jelas tidak memenuhi tuntutan MFL yang mahu dana penaja dimasukkan terlebih dahulu dalam akaun escrow.”

Abdul Karim menegaskan pihak beliau tidak akan berputus asa. Mereka akan cuba membuat rayuan sekali lagi. Beliau berkata: “Kita akan cuba minta soko­ngan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan mengemukakan dokumen-dokumen serta kertas kerja baharu untuk me­yakinkan MFL.”

“Kami hanya diberikan masa seminggu dan tempoh itu tidak cukup dengan segala masalah yang ditinggalkan presiden sebelum ini.”

Abdul Karim sebelum ini menyatakan keyakinan beliau bahawa PFA akan dapat menyelesaikan masalah kewangan sekiranya diberikan peluang terus beraksi dalam Liga Perdana. Beliau juga menyatakan PFA ada pelan alternatif, iaitu menggunakan geran tahunan MFL untuk membayar gaji pemain – itu hanya boleh direalisasikan jika Perlis kekal di Liga Perdana.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN