Sokongan Kelab Jerman Kepada Pemain Yang Menghidap Kanser Ini Sungguh Mengharukan

Kelab divisyen dua Jerman, Union Berlin telah menunjukkan cara sokongan mereka yang tersendiri kepada salah seorang pemainnya yang disahkan menghidap kanser. Benjamin Kohler, 34 tahun telah disahkan menghidap penyakit Hodgkin lymphoma , sejenis ketumbuhan di bahagian perutnya.

Apa yang menariknya, pengurusan kelab dengan serta merta telah melanjutkan kontraknya yang bakal tamat dipenghujung musim ini ke tahun 2016.

berlin

Tatkala Kohler berada di tempat duduk penonton semasa perlawanan liga Union Berlin menentang Bochum, rakan sepasukan Kohler telah menunjukkan sokongan mereka terhadapnya dengan cara mereka yang tersendiri – menghentikan perlawanan pada minit ke-8, dan meminta semua yang berada di stadium untuk menepuk tangan tanda sokongan kepada Kohler.

kohler 7

Pada awalnya, para pemain Union Berlin mahu menghentikan perlawanan di minit ke-7, iaitu nombor jersi yang dipakai oleh Kohler, namun timing mereka telah lari.

Rakan sepasukan Kohler turut menayangkan tulisan pada baju disebalik jersi mereka dengan angka 7 dan perkataan “Kita Bertarung Bersama”. Sesetengah laporan menyatakan yang Kohler menitiskan air mata ketika menyaksikan penghormatan itu.

kohler support

Dalam perlawanan itu, Union Berlin berjaya mengenepikan cabaran Bochum dengan keputusan 2-1.

“Benny (Benjamin Kohler) merupakan pemain yang penting bagi kami,” kata pengurus pasukan Union Berlin, Borbert Duwel. Berita mengenai kenser yang dihadapinya benar-benar mengejutkan kami. Namun, kami yakin bahawa Benny akan kembali menyarung jersi Union Berlin. Dia seorang pejuang, sama ada di dalam, atau diluar padang.”

berlin2

Di samping Union Berlin, penykong sebuah lagi kelab tempatan Hertha Berlin, turut membawa sepanduk sokongan kepada Kohler sewaktu perlawanan Bundesliga menentang Mainz. Sepanduk itu tertulis, “Berlin kekal gagah, bertarunglah Benny Kohler!”

Bagi kami, peristiwa sebegini menambahkan lagi dimensi dan keindahan sukan bola sepak (beauty of the game). Semoga satu hari nanti, liga tempatan di Malaysia juga akan dimeriahkan dengan peristiwa yang sebegini.

Sumber berita dan gambar: Bind.

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN