Inilah yang dinamakan dengan sokongan tidak berbelah bahagi.
UiTM FC mungkin merupakan pasukan kerdil dalam saingan Liga Premier, baik dari segi profil mahupun sokongan.
Adat bola sepak di Malaysia, pasukan berasaskan negeri merupakan entiti yang mempunyai sokongan yang besar berbanding kelab.
Apatah lagi pasukan dari badan kerajaan seperti PDRM FA atau pun UiTM FC.
UiTM FC diketahui hanya mempunyai sokongan dari kalangan pelajar mereka sahaja. Hal ini dapat dilihat apabila segerombolan pelajar universiti awam itu bersorak untuk pasukan itu ketika mereka beraksi di Stadium UiTM Shah Alam.
Namun, itu cerita jika mereka bermain di laman sendiri. Namun, berbeza di laman lawan.
Tidak ramai yang akan mengikuti paaukan universiti itu apabila mereka beraksi di luar kampus utama mereka di Shah Alam.
Namun semalam dalam aksi Liga Premier menentang Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi terdapat sepasang penyokong UiTM FC mengikuti pasukan mereka memberikan sokongan.
Walaupun hanya dua orang sahaja, suara mereka jelas kedengaran selepas tamat wisel permainan.
Ianya berjaya menenggelamkan lebih dari 3000 penyokong Negeri Sembilan selepas pasukan tuan rumah tumbang 4-1 oleh pasukan pelawat.
Ia mendapat pujian dari laman UltraJang di Twitter diatas dedikasi yang diberikan oleh dua penyokong tersebut.
Tahukah anda,
Dari 3689 jumlah penyokong yang hadir, hanya DUA (2) penyokong dari UITM FC.
Tapi selepas game, semua pemain UITM FC datang menyanyi lagu UITM bersama 2 penyokong ini. JANG SALUTE! pic.twitter.com/0uK3E8fbKU— UltraJang (@UltraJangMag) February 16, 2019
Mereka mungkin datang menyokong kerana rakan mereka sebahagian daripada pemain skuad UiTM FC musim ini, namun dedikasi itu patut dipuji.
Tahniah kami ucapkan, dan teruslah setia bersama mereka!