Pep Guardiola Komen Tentang Padang Buruk Newport County

Manchester City akan berhadapan dengan Newport County dalam saingan Piala FA pusingan ke-4. Pasukan yang berada di divisyen ke-4 dalam Liga Inggeris itu mempunyai padang yang teruk.

Lantas wartawan bertanyakan pandangan Guardiola tentang isu itu. Menurut Guardiola mereka harus menerima keadaan seadanya. Beliau percaya Newport sudah melakukan terbaik untuk menyediakan padang terbaik. Namun jika memang kemampuan mereka sudah sampai di situ, kenapa perlu mempersoalkan mereka?

Ini kerana kelab kecil seperti Newport tiada teknologi dan juga pakar padang yang berkelas dunia. Ianya ditambah dengan padang di Rodney Parade yang dikongsi dengan perlawanan ragbi.

Guardiola menyatakan, mereka anggap itu sebagai saty cabaran. Beliau berkata: “Saya sudah maklum akan perkara ini. Kami sudah mengkaji corak permainan Newport. Dan harus diakui, jika kami gagal bermain dengan teknik yang betul dalam keadaan padang seperti itu, kami akan dalam masalah.”

Guardiola memberikan perbandingan, sebelum ini mereka berhadapan dengan Spurs di Wembley dalam keadaan padang yang teruk juga – selepas padang itu digunakan untuk perlawanan American Football.

“Kita harus menyesuaikan diri. Ianya sudah seperti itu dan kita harus menerima cabaran. Kami bermain lawan Spurs di EPL pun padang terus selepas digunakan untuk 2 perlawanan NFL.”

Manchester City manager Pep Guardiola during the Carabao Cup match between Burton Albion and Manchester City at the Pirelli Stadium, Burton upon Trent on Wednesday 23rd January 2019. (Photo by Mark Fletcher/NurPhoto via Getty Images)

“Ianya boleh berlaku di EPL, ataupun di divisyen lebih rendah. Jadi kami terimanya. Kami semua tahu ianya perlawanan yang mencabar. Jika kita hanya menjangkakan benda senang menentang pasukan divisyen bawahan, itu bermakna kita melakukan kesilapan besar.”

“Saya menonton beberapa ulangan perlawanan klasik di England pada era 60-an, 70-an, 80-an – harus diakui perbezaan ketara dalam bola sepak dahulu dan kini adalah kondisi padang.”

Pep Guardiola berjanji tidak akan memandang rendah lawan mereka. Dan City akan cuba bermain dengan sebaik mungkin.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN