Pengurus West Ham United, Slaven Bilic berkata berita pemecatan pengurus Crystal Palace, Frank De Boer bermain-main di minda beliau sebelum kemenangan dicatatkan 2-0 dicatatkan anak buahnya keatas Huddersfield Town pagi tadi.
Bilic juga mengalami tekanan apabila pasukan bimbingannya tidak memenangi sebarang aksi dalam 3 perlawanan liga yang terdahulu.
Palace telah memecat De Boer pada Isnin lalu selepas pasukan itu mengalami kekalahan ke-4 dalam saingan liga.
”Adakah berita pemecatan De Boer bermain di minda saya ? Ya, sudah tentu. Saya tidak berbohong,” kata Slaven Bilic.
“Tetapi saya berusia 49 tahun, saya telah bermain bola sepak sejak berusia 18 tahun lagi, jadi saya tahu.
Huddersfield turun bertemu West Ham dengan reputasi tanpa kalah dan juga tidak melepaskan sebarang gol dalam saingan liga.
Bagaimanapun pada perlawanan tersebut, jaringan dari Pedro Obiang dan Andre Ayew mengubah segalanya buat Bilic. Beliau pastinya menjadi orang yang paling gembira dengan kemenangan sulung ini.
”Ini adalah prestasi terbaik. Bukanlah satu bola sepak yang indah tetapi ini adalah kesungguhan dalam melaksanakan apa yang dirancangkan,” tambah Slaven Bilic lagi.
Perlawanan menentang Huddersfield itu adalah yang pertama berlangsung di gelanggang sendiri buat The Hammers setelah menghadapi 3 perlawanan ditempat lawan sebelum ini. Hal ini berikutan Stadium London telah menjadi tuan rumah Kejohanan Olahraga Dunia.
Sumber :
BBC Sport (2017) – http://www.bbc.com/sport/football/41235042