Eden Hazard Percaya Sekarang Merupakan Masa Untuk Chelsea Juarai Liga Juara-Juara Eropah

Eden Hazard

Eden Hazard percaya bahawa sekarang adalah merupakan ‘masa’ untuk Chelsea menjuarai Liga Juara-Juara Eropah.

Chelsea terlepas peluang untuk beraksi di saingan Eropah pada musim lalu kerana The Blues hanya berupaya menamatkan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2015-16 ditempat ke-10 liga.

Bagaimanapun, Chelsea bakal kembali membuat perhitungan di peringkat Eropah apabila skuad bimbingan Antonio Conte ini menjuarai EPL musim lalu.

Hazard yang berpindah ke Chelsea daripada kelab Ligue 1, Lille pada tahun 2012, hanya seminggu selepas Chelsea berjaya menjuarai Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama bersama Roberto De Matteo.

Bintang Chelsea itu mengakui yang beliau benci untuk hanya melihat aksi Eropah di kaca televisyen pada musim lalu tetapi sebaliknya beliau mahu beraksi dan beliau percaya sekarang adalah masa bagi Chelsea untuk menjuarai kejohanan tersebut buat kali kedua.

Eden Hazard
LEICESTER, ENGLAND – SEPTEMBER 09: Harry Maguire of Leicester City tackles Eden Hazard of Chelsea during the Premier League match between Leicester City and Chelsea at The King Power Stadium on September 9, 2017 in Leicester, England. (Photo by Clive Mason/Getty Images)

Hazard berkata kepada Metro UK: ”Saya fikir sekarang adalah masa untuk kami memenanginya. Kami mempunyai pasukan yang bagus, kami juga ada pengurus yang baik, jadi kami sudah bersedia.”

”Anda mahu bermain pada perlawanan seperti ini kerana setiap kali anda bermain di Liga Juara-Juara Eropah, ia merupakan perlawanan yang besar dan semua orang menyaksikan anda beraksi.”

”Saya benci menontonnya di kaca televisyen, saya hanya mahu turun ke padang untuk beraksi. Itu bukannya perasaan yang baik, saya gembira untuk kembali.”

Beliau menambah:”Tahun ini sangat penting, Saya sudah beraksi di separuh akhir bersama Chelsea pada tahun 2014 tetapi kami kalah kepada Atletico Madrid, jadi dalam fikiran saya adalah untuk memenangi trofi ini.”

”Saya sudah menang Liga Perdana Inggeris, saya menang kejuaraan di Perancis, saya memenangi piala tetapi pemain nama besar sentiasa mahukan Liga Juara-Juara Eropah.”

Chelsea sedang dalam persiapan untuk melayani kunjungan juara Azerbaijan, Qarabag dalam perlawanan pembukaan saingan Eropah pada pagi nanti

Sumber :

The Sport Review (2017)http://www.thesportreview.com/tsr/2017/09/chelsea-news-champions-league-eden-hazard-latest/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN