Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho menyedari yang pasukannya mempunyai masalah dari segi keharmonian.
Oleh kerana itu, beliau mahukan lebih masa untuk menyatukan semula skuadnya.
Bercakap kepada media selepas tamat aksi Premier League menentang Aston Villa, Mourinho mengakui terdapat ada pemain yang bersikap mementingkan diri sendiri ketika ini.
“Bola sepak pada hari ini bukan mudah bila bercakap mengenai itu [keharmonian pasukan]. Sikap pentingkan diri itu ada, kepentingan individu itu ada, ejen itu ada, hubungan antara ejen dan juga media itu ada.”
“Ianya adalah satu perkara yang perlu diberi masa jika hendak mewujudkan ia di dalam sesebuah kumpulan kerana psikologi dan juga sosiobudaya orang muda hari ini bukannya muda [untuk dididik],” katanya Mourinho menerusi Sky Sports.
Mourinho berkata kepentingan peribadi cukup menguasai para pemainnya ketika ini. Menurutnya, jika seseorang pemain itu dapat beraksi 90 minit maka itu adalah kejayaan padanya.
Perasaan itu melebihi rasa untuk berjuang demi pasukan serta membantu rakan-rakan ketika berada di atas padang.
Kredibiliti pasukan Tottenham dipersoal ramai pihak selepas mereka tumbang di tangan Arsenal dalam aksi North London Derby.
Mereka juga turut dimalukan oleh Dinamo Zagreb dalam aksi Europa League yang menyaksikan mereka tersingkir selepas mendahului aksi pertama antara kedua-dua pasukan.’
Baca juga artikel kami mengenai Jose Mourinho:
Jose Mourinho: Saya Tak Diberikan Masa Yang Cukup Sewaktu Bimbing Man Utd
Jose Mourinho: Tahniah Buat Arteta Kerana Berikan Kami Perlawanan Yang Sukar
Jose Mourinho Sedar Kesilapan Sendiri, Mahu Dirinya Dipersalahkan