Impian peminat bola sepak negara untuk melihat penyerang sensasi negara, Mohd Safawi Rasid membantu Skuad Bawah 22 Tahun (B-22) merangkul pingat emas dalam kejohanan Sukan SEA Filipina yang bermula hujung bulan ini tidak menjadi kenyataan.
Ianya selepas ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee membuat kejutan apabila memutuskan untuk tidak menyenaraikan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu di dalam skuadnya.
Menurut laporan berita Buletin Utama TV3, Safawi dinasihatkan untuk berehat oleh Datuk Ong Kim Swee sendiri walaupun ia adalah keputusan yang amat berat buat pengendali berusia 48 tahun itu.
“Keputusan ini dibuat demi kebaikan Safawi yang kita tahu beliau telah bermain begitu banyak perlawanan bersama kelab dan juga pasukan negara, termasuk mewakili pasukan B-22 negara pada awal tahun ini.
💬: Tentang tidak memanggil Safawi…
🗣 Datuk Ong Kim Swee | “Satu keputusan yang amat berat & sukar untuk saya. Tetapi saya lakukan untuk kebaikan dia. Dia telah bermain banyak game bersama kelab & negara. #2019SEAGames #TeamMsiaSukanSEA2019 #KamiTeamMalaysia https://t.co/NgPkH25bSC pic.twitter.com/vvVrmC5jIY
— Team Malaysia (@TeamMsia) November 20, 2019
“Jadi saya terpaksa untuk memutuskan agar Safawi berehat kerana pasukan negara mempunyai jadual yang amat penting pada tahun hadapan. Saya harap semua pihak harus faham dengan apa yang saya lakukan.”
Bagaimanapun menurut Kim Swee, ketiadaan Safawi itu seharusnya dimanfaatkan oleh pemain-pemain lain untuk menyinar di kejohanan dwi tahunan itu.
Ketika ini seramai 32 pemain sedang menjalani latihan bagi merebut tempat ke Sukan SEA Filipina selepas tujuh pemain Harimau Malaya yang terlibat menumpaskan Indonesia dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Selasa melaporkan diri.
5 Hari Lagi Sebelum Aksi Sulung Sukan SEA 2019 di Manilla, Filipina
Baca selanjutnya di https://t.co/QkbpRIgeSp#FAM #HarimauMalaya #SEAGames2019 pic.twitter.com/gC043qIWN4
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 20, 2019
Tujuh pemain itu adalah Muhammad Akhyar Rashid, Mohamed Syamer Kutty Abba, Muhammad Haziq Nadzli, Adam Nor Azlin, Danial Amier Norhisham, Dominic Tan dan Muhammad Syahmi Safari.
Sementara itu, pemain pertahanan JDT, Adam Nor Azlin yang menjadi pemain lebih umur kedua yang dipanggil mahu memberikan sepenuh komitmen sekalipun beliau tidak beraksi dengan kerap bersama pasukan kelab mahupun skuad kebangsaan.
“Saya tidak menjanjikan apa-apa, bagi saya jika kita memberikan sepenuh komitmen dan semua pemain mempunyai matlamat yang sama, tak mustahil untuk kita mancapai misi atau sasaran kita dalam Sukan SEA ini.” katanya selepas sesi latihan.
Pemain lebih umur kedua!
Selepas Irfan Zakaria, Adam Nor Azlin pula melapor diri ke kem latihan pusat Malaysia B-22 untuk persiapan ke Sukan SEA 2019 yang akan bermula pada Isnin.
Skuad penuh 20 pemain akan diumumkan sebelum Sabtu ini.#SemuanyaBOLA pic.twitter.com/aPD46FgssM
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) November 20, 2019
Kim Swee dijangkan akan mengumumkan senarai akhir 20 pemain yang akan dibawa ke Filipina selepas pasukan itu mengharungi perlawanan persahabatan berdepan Western Australia dan Northern Territory Australia esok.
Pemain yang terpilih akan berangkat ke Manila pada 23 November ini dan akan memulakan aksi kumpulan A menentang Myanmar dua hari kemudian.