Kelab Major League Soccer (MLS), Seattle Sounders mengumumkan ketibaan penjaga gol terbaru mereka, Bheem Goyal selepas kedua-dua pihak bersetuju menandatangani kontrak jangka masa pendek.
Sekali pandang, berita ini mungkin tiada signifikannya kepada anda. Tetapi apa yang anda perlu tahu, Bheem Goyal masih berusia 8 tahun!
Menurut kenyataan rasmi Sounders, Goyal ditandatangani dari Make-A-Wish® Alaska dan Washington; sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bertanggungjawab memenuhi impian setiap kanak-kanak yang menghidap penyakit kritikal.
Bheem Goyal, kanak-kanak ceria dan aktif yang berusia 8 tahun, mempunyai penyakit Acute Lymphocytic Leukemia. Impiannya adalah untuk bermain bersama pasukan sokongannya sejak kecil, Seattle Sounders. Hasil usaha Make-A-Wish® Alaska dan Washington dan Seattle Sounders, impian Goyal kini telah menjadi kenyataan!
Life of a superstar 🌟 pic.twitter.com/K4ZbXKqrFe
— Seattle Sounders FC (@SoundersFC) July 10, 2019
Goyal yang membesar sebagai penyokong fanatik Sounders telah pun menyertai latihan bersama rakan-rakan sepasukannya sebagai persiapan menghadapi perlawanan persahabatan menentang Borussia Dortmund di CineturyLink Field pada malam Rabu minggu depan.
Day 1 as a Seattle Sounder ✅💚 pic.twitter.com/gTRPGcPLGA
— Seattle Sounders FC (@SoundersFC) July 10, 2019
Goyal dijangka akan diturunkan dalam perlawanan tersebut; sekaligus memenuhi impiannya untuk beraksi bersama Seattle Sounders.
Usaha Sounders untuk memenuhi impian Goyal tidak terhenti di situ sahaja. Di media sosial, berita ketibaan Goyal diumumkan sebagaimana pemain lain. Di laman web rasmi Sounders, nama, umur, posisi dan nombor jersi Goyal turut dipaparkan.
Roster page got a new addition (and he's right under his favorite player, @Stefan24Frei) 💚 pic.twitter.com/FdjNMdxAMC
— Seattle Sounders FC (@SoundersFC) July 10, 2019
Satu usaha yang sangat baik, Sounders! Kami mengharapkan usaha sebegini turut boleh dibuat di Malaysia pada satu hari nanti melalui kerjasama Make-A-Wish Malaysia dengan pasukan-pasukan Liga Super dan Liga Premier.