Quantcast

BERITA

Solskjaer Akui Terdapat Agenda Mahu Burukkan Nama Pogba

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengatakan yang terdapat agenda buruk dalam usaha mencemarkan nama baik pemain tengah kelab itu iaitu Paul Pogba.

Dalam laporan BBC Sport, pengurus itu mengatakan yang Pogba merupakan pemain yang cukup profesional dalam urusan kerjanya.

HUDDERSFIELD, ENGLAND – MAY 05: Manchester United manager Ole Gunnar Solskjaer in the dug out before the Premier League match between Huddersfield Town and Manchester United at John Smith’s Stadium on May 05, 2019 in Huddersfield, United Kingdom. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

“Beliau seorang yang hebat, profesional dan tak pernah ada masalah. Beliau punyai hati emas.”

“Beliau tidak pernah menjauhkan diri dari pasukan. Pogba sentiasa memberikan yang terbaik.”

Semuanya bermula selepas sebuah rakaman menyaksikan yang Pogba mengalami perbalahan bersama-sama teman rapatnya di Manchester United iaitu Jesse Lingard.

Kata pengurus itu, ianya semua adalah agenda media untuk memburukkan nama Pogba.

“Jesse Lingard dan Paul Pogba berjalan semalam dan kelihatan seperti sedang bergaduh.”

“Saya tahu anda cuma mahu melariskan akhbar dan cerita tetapi mereka semua cukup profesional.”

Pogba dikatakan kini semakin hampir menuju ke pintu keluar dari Manchester United selepas ejennya mengatakan pemain itu mahukan perpindahan ke tempat lain.

Ejen itu turut mengatakan penyelesaian yang memuaskan hati kedua-dua belah pihak.

Namun begitu, menurut Solskjaer masih belum ada mana-mana pasukan yang menyediakan bidaan rasmi terhadap pemain tersebut buat masa ini.

Pogba dan Lingard kini bersama-sama skuad Manchester United dalam sesi jelajah pra-musim mereka di Perth, Australia.

Selain Pogba, seorang lagi pemain yang dikaitkan dengan perpindahan keluar dari kelab itu ialah Romelu Lukaku.