Skuad Pro Clubs FIFA Malaysia Catat Sejarah Layak Ke Piala Dunia

VPG Malaysia

Satu kejayaan besar buat industri e-sukan negara!

Baru-baru ini, skuad Virtual Pro Gaming (VPG) Malaysia telah berjaya melayakkan diri ke saingan Piala Dunia yang akan diadakan pada Januari 2021 dalam acara FIFA 20 dalam mod permainan Pro Clubs.

Kelayakan secara merit itu terhasil selepas skuad negara berjaya memenangi kejohanan VPG Asian Cup dengan menewaskan Emeriah Arab Bersatu IUAE) di perlawanan awal yang dilangsungkan secara timbal balik.

Skuad Malaysia yang dibarisi oleh pemain-pemain FIFA terulung negara seperti ketua pasukan Amirul Ashraf Hassan Nordin (Ryvox5215), Imran Burhanudeen (ImranDeen) dan juga Muzaffar Zuhair (Phoeneccia24) berjaya mengatasi UAE dengan jaringan 2-0 di perlawanan akhir.

Kedua-dua jaringan skuad negara dihasilkan oleh ImranDeen dan Zaqwan Saidan (zqwn) semasa perlawanan pertama yang menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah.

Selepas itu, keputusan seri tanpa jaringan dalam perlawanan kedua sudah memadai untuk pasukan negara menang secara agregat 2-0 sekaligus bergelar johan.

Kejayaan Malaysia di perlawnaan akhir itu berakar umbi daripada persembahan cemerlang mereka di peringkat kumpulan serta aksi kalah mati menentang negara-negara lain.

Malaysia dengan mudah mengungguli kumpulan C yang turut dianggotai oleh Oman, Bangladesh dan juga Myanmar.

Peringkat kumpulan yang dimainkan menggunakan format round-robin menyaksikan skuad negara berjaya merakamkan rekod tanpa kalah dengan lima kemenangan serta satu keputusan seri.

Di peringkat kalah mati, skuad Malaysia lebih bernafsu dalam misi mereka ke perlawanan akhir. Hal ini terbukti apabila mereka berjaya membelasah Brunei 7-2 dalam aksi suku akhir.

Cabaran sengit diterima skuad negara di peringkat separuh akhir apabila mereka bertemu dengan Arab Saudi. Namun, kemenangan milik Malaysia apabila berjaya menang dengan jaringan 2-1.

VPG Malaysia
Laluan Malaysia dalam menjadi juara VPG Asian Cup 2020.

Bagi Amirul Ashraf yang merupakan pemain-pengurus bagi skuad VPG Malaysia, kejayaan layak ke Piala Dunia sememangnya satu pencapaian yang membanggakan.

“Syukur kami berjaya layak ke saingan Piala Dunia. Saya cukup terharu dengan sokongan yang diberikan oleh penyokong yang mendukung perjuangan kami dari peringkat kumpulan hingga ke aksi akhir.”

Kata Amirul lagi, persediaan untuk Piala Dunia akan menyaksikan pemilihan semula skuad 25 pemain akan dilakukan untuk mencari yang terbaik dalam kalangan terbaik.

Dalam erti kata lain, tiada pemain yang terjamin tempatnya untuk ke Piala Dunia.

“Mungkin akan ada pemain baharu yang akan berikan cabaran kepada pemain yang sedia ada di dalam skuad negara. Selepas itu, kami akan adakan sesi latihan dua hingga tiga kali seminggu untuk mendapatkan keserasian antara pemain.”

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama skuad negara berjaya merangkul kejuaraan di peringkat Asia. Asia kini sudah ditawan maka dunia pula menjadi sasaran skuad negara untuk mendapatkan kejayaan.

Kami di Semuanya BOLA mengucapkan tahniah atas kejuaraan ini, anda sememangnya kebanggaan!

Baca juga artikel terkini kami di sini:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN