Manchester United dan Wolves terpaksa beraksi dalam perlawanan ulangan di pusingan ketiga Piala FA Inggeris selepas perlawanan di Molineux berakhir tanpa jaringan.
Pemain gantian, Marcus Rashford dan Raul Jimenez tampil dari bangku pemain simpanan – namun sekadar mengegarkan jaring lawan masing-masing.
Wolves adalah pasukan yang beraksi lebih baik pada awal perlawanan, menyaksikan tandukan Romain Saiss tidak menepati sasaran sebelum Matt Doherty memaksa Sergio Romero beraksi baik menyelamatkan gawang United.
Wolves vs. Manchester United was the only #FACup game out of 20 matches played today to end in a goalless draw. 🤷♂️ pic.twitter.com/kqza51rhat
— Squawka (@Squawka) January 4, 2020
Namun itulah satu-satunya percubaan tepat dari kedua-dua pasukan sebelum waktu rehat.
Wolves bergelut untuk membina serangan, manakala penguasaan bola United sering kali dilihat rapuh untuk menyimpulkan babak pertama saingan.
Anthony Martial tidak berada di dalam skuad, dan Ole Gunnar Solksjaer menamakan Rashford di bangku pemain simpanan.
Walaupun aksi Mason Greenwood wajar diberikan pujian, persembahan United serba serbi tumpul di setiap bahagian.
⛔️ Incredible reflexes from Serge! 🤯#MUFC #EmiratesFACup
pic.twitter.com/q86FrHcxnU— Manchester United (@ManUtd) January 4, 2020
Wolves memasukkan Jimenez untuk pemain muda, Benny Ashley-Seal pada permulaan babak kedua, dan aksi serangan pasukan tuan rumah menjadi lebih teratur selepas itu.
Adama Traore memberikan bola kepada Pedro Neto di penjuru kotak penalti, dan percubaan Neto selepas itu memaksa Romero bertindak cemerlang sekali lagi di hadapan gawang United.
Greenwood kemudiannya memulakan serngan balas pantas selepas itu. Namun selepas Tahith Chong dijatuhkan pemain Wolves, sepakan percuma Juan Mata langsung tidak menggugat John Ruddy di hadapan gawang.
What an effort from @JuanMata8 earlier on!
Meanwhile, Doherty’s goal was ruled out by VAR to keep the scores level.#MUFC #EmiratesFACup
pic.twitter.com/MEEpl0zm66— Manchester United (@ManUtd) January 4, 2020
Selepas itu giliran Solskjaer menggunakan pemain simpanan dengan menurunkan Rashford. Langkah tersebut hampir memberikan pulangan segera.
Tetapi percubaan pemain antarabangsa England itu terbias oleh pemain pertahanan lawan, sebelum singgah ke palang gol.
Aksi seterusnya menyaksikan Wolves tampil sebagai pasukan yang lebih dominan untuk memburu kemenangan.
Malah Wolves bertanggapan mereka sudah menemui jaringan yang dicari-cari sebelum gol hasil tandukan Doherty dibatalkan pengadil kerana bola terlebih dahulu terkena tangan.
0 – Manchester United failed to direct a single shot on target in a domestic league or cup game for the first time since January 2015 vs Southampton in the Premier League. Barren. #FACup pic.twitter.com/E8HFv2RWNg
— OptaJoe (@OptaJoe) January 4, 2020
Jimenez kemudiannya mengegarkan palang gol dengan rembatan dari sudut sukar membuatkan 31, 381 penyokong tuan rumah di Molineux kecewa.
Di sebalik usaha tersebut, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan untuk perlawanan ulangan diadakan di Old Trafford.
Satu perkara yang pasti ialah skuad Manchester United tumpul terus tanpa sebarang percubaan tepat sepanjang perlawanan.
Ini adalah kali pertama Manchester United gagal menghasilkan sebarang percubaan tepat ke arah gawang lawan dalam perlawanan domestik sejak 2015.