Piala FA: City Kekal Misi Pertahan Gelaran, Newcastle Diikat Kelab Bawahan

Manchester City kekal berada di landasan untuk mempertahankan gelaran Piala FA pada musim ini, apabila menang mudah ke atas Port Vale.

Gol daripada Oleksandr Zinchenko, Sergio Aguero, Taylor Harwood-Bellis dan Phil Foden memberikan kemenangan mudah ke atas kelab League Two tersebut, dan Port Vale hanya membalas melalui Tom Pope.

Pasukan yang sedang bergelut di League One, Tranmere pula bangkit dari ketinggalan 3-0, sebelum mengikat Watford 3-3 untuk memaksa perlawanan ulangan.

Tom Dele-Bashiru, Nathaniel Chalobah dan Roberto Pereyra memberikan The Hornets pendahulan selesa pada babak pertama perlawanan.

Selepas itu, Tranmere bangkit melalui Connor Jennings, Manny Monthe dan sepakan penalti Paul Mullin.

Dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Brighton dan Aston Villa pula menjadi mangsa pertama kelab bawahan apabila disingkirkan dari pertandingan ini.

Adam reach memberikan kemenangan 1-0 kepada Sheffield Wednesday ke atas Brighton di Stadium Amex.

Manakala Anthony Knockaert dan Harry Arter memastikan kemenangan 2-1 Fulham ke atas Villa.

Satu lagi kelab League One, Rochdale pula bangkit dari ketinggalan untuk mengikat Newcastle United 1-1 di Spotland.

The Magpies terlebih dahulu di hadapan melalui Miguel Almiron, sebelum penyerang gantian berusia 40 tahun, Aaron Wilbraham menyamakan kedudukan dari jarak dekat ketika perlawanan berbaki 11 minit.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN