Skuad Malaysia B-23 Kemungkinan Akan Tarik Diri Daripada Sukan Asia 2018

Ketua jurulatih skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Datuk Ong Kim Swee membayangkan akan membuat keputusan untuk menarik diri daripada bertanding dalam acara bola sepak Sukan Asia 2018 jika gagal mengumpul sekurang-kurangnya 18 pemain secara minimum.

Bercakap kepada kosmo, beliau mendedahkan kemungkinan beberapa pasukan Liga Malaysia tidak akan melepaskan pemain utamanya kerana Piala Malaysia turut bertembung dengan tarikh termasya tersebut.

“Jika kita tidak dapat mengumpul 18 pemain, bermakna kita harus menarik diri daripada acara bola sepak Sukan Asia.

“Saya faham, jadual Sukan Asia bertembung dengan kejohanan Piala Malaysia, namun saya berharap semua pasukan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) memberi kerjasama (pelepasan pemain) kerana ini merupakan kepentingan buat negara dan saya sudah banyak kali mengutarakan perkara ini,” katanya semalam.

Skuad Malaysia B23 menjalani latihan pertama mereka di Wisma FAM bulan lalu. FOTO: FAM

Kosmo melaporkan, pemain tengah Pahang, Nor Azam Azih yang dipanggil dalam senarai 24 pemain ke kem latihan skuad B-23 pada 30 Julai ini, tidak dapat memberi jaminan untuk menyertai skuad bimbingan Kim Swee.

Ini kerana, Azam meletakkan keputusan itu kepada pihak pengurusan untuk memutuskannya selepas menyaksikan kalendar Sukan Asia berlangsung serentak dengan Piala Malaysia.

Difahamkan, pasukan-pasukan Liga M mempunyai hak untuk tidak melepaskan pemain utama mereka memandangkan kejohanan acara bola sepak Sukan Asia 2018 Indonesia berada di luar kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Walaubagaimanapun, rancangan untuk mengadakan aksi persahabatan menentang China dan Arab Saudi tetap diteruskan meskipun kedua-dua pasukan tersebut bakal ditempatkan dalam satu kumpulan pada Sukan Asia apabila undian dilakukan semula nanti.

Kesebelasan utama skuad Malaysia B-23 ketika Kejohanan AFC B-23. Foto: Facebook FAM.

Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Indonesia (INASGOC) dikhabarkan membuat keputusan mengejut apabila akan melakukan undian semula acara bola sepak yang membabitkan 24 pasukan.

Difahamkan undian semula itu dilakukan kerana bantahan daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang tidak berpuas hati apabila pasukan mereka tercicir dalam undian awal bersama dengan Palestin akibat masalah teknikal.

India juga dilaporkan mahu membuat ‘pusingan U’ menyertai acara berkenaan.

Ketika undian yang dilakukan pada 5 Julai lalu, skuad negara diundi bertemu juara bertahan iaitu Korea Selatan, Kyrgyzstan dan Bahrain dalam Kumpulan E.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN