Skuad Malaysia B-23 Hanya Ada 12 Hari Untuk Membuat Persiapan Ke Sukan Asia

Skuad Malaysia Bawah 23 Tahun akan menjalani latihan selama 12 hari bermula pada 30 Julai ini sebelum menghadapi perlawanan pertama acara bola sepak Sukan Asia pada bulan depan.

Berdasarkan jadual perlawanan yang diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam, skuad negara akan menentang Kyrgyzstan pada 10 Ogos ini dan kemudian menentang UAE (12 Ogos) serta Korea Selatan (17 Ogos). Bahrain akan menjadi lawan terakhir di peringkat kumpulan pda 20 Ogos.

Disebabkan waktu persediaan yang singkat, pengendali skuad Malaysia B-23, Datuk Ong Kim Swee menyediakan payung sebelum hujan apabila memanggil 4 pemain yang berada dalam senarai menunggu.

“Empat pemain dipanggil iaitu Adib Zainudin (Johor Darul Ta’zim II), Akhyar Rashid (Kedah), Kogileswaran Raj (Pahang) dan Syahmi Safari (Selangor) untuk bersama 24 pemain yang disenaraikan sebelum ini.

“Tujuan memanggil empat pemain ini adalah untuk memilih pemain yang terbaik dan jika ada pemain cedera apabila melaporkan diri pada Isnin ini, pemain itu akan digugurkan serta merta.

“Tempoh masa yang ada penting untuk saya dan jika dapat kumpul seberapa ramai pemain, saya tidak perlu memikirkan masalah lain,” katanya kepada Berita Harian.

Empat pemain berkenaan merupakan sebahagian daripada skuad Malaysia yang beraksi di Kejohanan AFC B-23 di China, Januari lalu.

Sesi latihan skuad B-23 negara di China pada Januari lalu. Foto: Facebook FAM.

Kim Swee turut mengesahkan hanya 25 daripada 28 pemain akan dibawa ke China pada 2 Ogos ini bagi aksi persahabatan. Angka itu kemudian akan dikecilkan kepada 20 pemain yang dipilih membawa cabaran negara di Sukan Asia.

“Penting untuk saya mengumpul pemain seramai mungkin pada Isnin ini di mana kita tidak mempunyai banyak masa untuk latihan apabila kita bertolak ke China pada 2 Ogos nanti dan kemungkinan kita akan terus ke Bandung untuk menghadapi Sukan Asia.

“Dari China, sesiapa yang digugurkan akan balik ke Kuala Lumpur manakala yang lain akan terus ke Bandung,” kata Kim Swee.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN