Presiden Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF), Luis Rubiales menawarkan kepada badan kesihatan negara itu untuk menggunakan kemudahan dan fasiliti serta beberapa pegawai kesihatan pasukan kebangsaan itu untuk menghadapi krisis pandemik coronavirus (COVID-19).
Menteri Kesihatan Sepanyol malaporkan kes kematian telah melonjak kepada 3,434 kematian pada rabu dengan lebih daripada 34,000 kes positif disahkan di seluruh negara yang merupakan antara yang terbutuk di Eropah di belakang Itali.
“Hotel milik pasukan kebangsaan boleh digunakan oleh pihak berkuasa sebagai hospital dan pekerja kesihatan boleh duduk di sana dan gunakan untuk apa sahaja yang mereka perlukan lakukan,” kata Rubbiales dalam sidang media.
🗣 @LuisRubiales: "Vamos a luchar por lo justo. Primero, la salud. Segundo, cuando reanudemos, las competiciones tienen que terminar y así salvamos esta temporada. Tenemos que ver qué piensan los organismos internacionales y la autonomía de cada país en sus competiciones" pic.twitter.com/n5xDnkcZm9
— RFEF (@rfef) March 25, 2020
“Pakar psikologi dan fisioterapi kami juga akan dihantar untuk berkhidmat sebagai pasukan perubatan,” tambahnya lagi.
Sebelum ini pasukan Real Madrid juga telah menerima penghargaan daripada pihak berkuasa madir pada Selasa selepas memberikan sumbangan besar untuk membantu memerangi wabak tersebut.
Sementara kapten Real, Sergio Ramos dan isteritnya Pilar Rubio mendermakan 264,000 topeng muka dan 15,000 kit ujian pemeriksaan menerusi badan kebajikan UNICEF.
Kapten Barcelona, Lionel Messi juga telah mendermakan €1 juta kepada sebuah hospital di Barcelona dan juga pusat perubatan di negara kelahirannya, Argentina.
AS: Sergio Ramos and his wife Pilar Rubio through UNICEF will donate 264,571 masks, 1,000 items of protective equipment and 15,000 tests to help in the fight against coronavirus in Spain. pic.twitter.com/oE1q96Qv0Y
— M•A•J (@Ultra_Suristic) March 25, 2020
Rubiales juga berikrar akan membantu mana-mana kelab yang memerlukan bantuan disebabkan krisis COVID-19 yang menyebabkan kewangan mereka terjejas selepas perjalanan liga dihentikan.
RFEF bercadang untuk memperuntukkan pinjaan sebanyak €500 juta kepada kelab yang tidak dapat menuntut wang hak penyiaran penuh yang boleh dibayar semula dalam tempoh lima tahun. €4 juta pula akan dipinjamkan kepada pasukan bukan profesional lelaki dan perempuan.
“Kami akan duduk bersama La Liga untuk berbincang mengenai masalah yang dihadapi oleh sebahagian kelab. Mesej saya adalah bersatu, harapan dan disiplin.
“Dalam bola sepak dari golongan bawahan hinggalah golongan elit, kita harus sampaikan mesej tentang solidariti dan kita bersama-sama akan hentikan penularan virus ini,” katanya lagi.