Laman Bundesliga Hasilkan 4 Skuad Kebangsaan Jerman Guna 44 Pemain Berbeza

Skuad kebangsaan Jerman merupakan antara pasukan yang cukup hebat dalam bola sepak dunia.

Mereka merupakan juara 4 kali Piala Dunia dan rata-rata pemain mereka merupakan pemain yang cukup hebat dan bermain di pelbagai kelab utama di Eropah.

Baru-baru ini, laman Bundesliga di Facebook telah membariskan 4 skuad yang terdiri daripada 44 pemain berbeza yang mungkin boleh diturunkan oleh di saingan Piala Dunia 2018.

Benteng pertahan yang ampuh

Skuad A untuk pasukan Jerman yang dicadangkan oleh laman Bundesliga nyata memberikan banyak pilihan dan semestinya benteng pertahanan cukup ampuh!

Manuel Neuer, Jerome Boateng dan Mats Hummels menjadi tunjang di bahagian pertahanan.

Di bahagian serangan, Mesut Ozil, Marco Reus dan Mario Gomez menjadi teraju dalam formasi 4-2-3-1 Jerman.

Skuad B Jerman juga tidak kurang hebatnya.

Menggunakan formasi yang sama, pemain-pemain mantap seperti Julian Weigl, Leroy Sane dan juga penyerang RB Leipzig iaitu Timo Werner mengemudi skuad kedua ini.

Untuk skuad C pula, beberapa pemain yang sedang meningkat naik seperti Mahmou Dahoud, Emre Can dan juga Serge Gnabry menghiasi skuad ini.

Ia juga dibarisi pemain seperti Kevin Trapp, Leon Goretzka dan Julian Brandt.

Untuk skuad D pula, kebanyakan pemain yang bermain adalah dari pasukan di Bundesliga.

Bernd Leno, Jonathan Tah dan Max Meyer antara bintang yang membarisi skuad D ini.

Jadi, skuad mana pilihan anda? Adakah ia boleh menandingi 4 skuad Sepanyol yang kami siarkan tempoh hari?

Jika anda terlepas artikel mengenai squad depth pasukan Sepanyol, boleh baca di sini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN