Pengguna Reddit Ini Hasilkan 4 Skuad Kebangsaan Sepanyol Guna 44 Pemain Berbeza

Skuad kebangsaan Sepanyol merupakan antara pasukan yang cukup terbilang dalam dunia bola sepak.

Negara yang sering menghasilkan para pemain yang berkualiti dan bermain di pelbagai kelab-kelab utama di dunia.

Hasil perkongsian di Reddit, seorang pengguna Reddit bernama AkshayArsenal telah membuktikan yang skuad kebangsaan Sepanyol mempunyai squad depth yang cukup hebat!

Beliau telah membariskan 4 skuad Sepanyol yang menggunakan formasi 4-3-3 dengan menggunakan pemain berbeza dalam setiap skuad!

Skuad pertama adalah skuad yang terdiri dari para pemain Barcelona & Real Madrid dengan pemain-pemain seperti Sergio Ramos, Andres Iniestas dan penjaga gol David de Gea membarisi skuad ini.

Skuad kedua Sepanyol juga tidak kurang hebatnya. Dari skuad ini kita dapat saksikan pemain-pemain seperti Cesar Azpilicueta, Thiago Alcantara dan pemain muda Real Madrid iaitu Marco Asensio menyertai skuad ini.

Malang bagi pemain seperti Hector Bellerin, Saul Niguez dan Cesc Fabregas kerana mereka terpaksa bermain dalam skuad ketiga Sepanyol yang turut disertai oleh pemain seperti Iago Aspas dan Marcos Alonso.

Manakala bagi skuad keempat Sepanyol, para pemain seperti Alberto Moreno, Santi Carzola, Juan Mata dan Fernando Llorente membarisi skuad D Sepanyol ini.

Perkara ini menjadi bukti yang pasukan kebangsaan Sepanyol mempunyai squad depth yang baik dengan jurulatih mereka mempunyai banyak pilihan untuk memilih pemain yang sesuai dengan taktikal beliau.

Sumber:

  1. AkshayArsenal, Reddit (2017), I Couldn’t Help But Make 4 Squads of Spain. The Amount of Talent Is Immense; https://www.reddit.com/r/soccer/comments/6h9hbe/i_couldnt_help_but_make_4_squads_for_spain_the/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN