Skuad Jerman Kali Ini Cipta Rekod Paling Buruk Dalam Sejarah Piala Dunia

Elemen kejutan terus melanda kejohanan Piala Dunia di Rusia apabila juara bertahan Jerman, sah tersingkir apabila tewas kepada Korea Selatan 0-2 dalam perlawanan yang cukup dramatik di Kazan Arena semalam.

Disebalik kekalahan yang mencuri tumpuan peminat bola sepak dunia itu, skuad Die Mannschaft kali ini dianggap antara paling teruk dan mencipta pelbagai rekod buruk pada kejohanan kali ini.

Tepati ramalan tersingkir daripada Piala Dunia selaku juara bertahan

Sebelum kejohanan Piala Dunia di Rusia berlangsung, kebanyakan peminat bola sepak dunia meramalkan Jerman bakal tersingkir daripada peringkat kumpulan berdasarkan teori yang terjadi pada edisi sebelum ini apabila pasukan yang menjuarai Piala Dunia pada tahun sebelum itu akan jadi mangsa yang seterusnya.

Tidak pasti sama ada ia hanya kebetulan atau seperti sudah dirancang mengikut skrip. Tetapi inilah realiti sebenar yang terjadi.

https://twitter.com/ArenaHM/status/1012124577076412416

Itali juara Piala Dunia 2006, tersingkir daripada peringkat kumpulan di Piala Dunia 2010 manakala Sepanyol juara 2010 turut tersingkir di peringkat kumpulan dalam edisi 2014 di Brazil.

Dan kini, Jerman muncul sebagai pasukan juara bertahan ke 3 berturut-turut tersingkir diperingkat kumpulan.

Atau adakah kecenderungan juara bertahan menyandarkan harapan kepada kelompok pemain terdahulu memainkan peranan?

Hanya mampu menjaringkan 2 gol dalam kejohanan kali ini

Ia merupakan rekod yang paling buruk yang pernah dicatatkan kerana skuad Jerman yang dibarisi oleh barisan pemain bintang kebiasaannya sentiasa mempunyai jaringan dalam setiap perlawanan.

Menurut statistik perlawanan, skuad Jerman telah melakukan 72 percubaan ke gawang pihak lawan dalam 3 perlawanan peringkat kumpulan F.

Daripada jumlah itu, hanya 3% sahaja telah berjaya menghasilkan gol kepada pasukan Jerman. 2 gol tersebut adalah jaringan Marco Reus dan Toni Kroos ketika bertemu Sweden pada perlawanan ke kedua peringkat kumpulan F.

Setakat ini, mereka adalah pasukan kedua paling buruk dalam statistik ‘conversion‘ ini selepas Costa Rica dengan rekod tanpa sebarang jaringan 0% ‘conversion‘.

Gagal mendahului lawan buat kali pertama sejak tahun 1986

Skuad Jerman 2018 ini juga merupakan pasukan pertama yang gagal mendahului pihak lawan sehingga tamat separuh masa pertama sejak kali terakhir mereka melakukannya pada tahun 1986.

Situasi itu menyebabkan mereka sukar untuk mengutip 3 mata penuh dalam setiap perlawanan di peringkat kumpulan untuk menempah tiket ke pusingan yang seterusnya. Jerman tewas kepada Mexico 0-1 dan Korea Selatan 0-2 di peringkat kumpulan.

Tersingkir daripada peringkat kumpulan selepas 80 tahun

Berdasarkan sejarah Piala Dunia, Jerman hanya 2 kali pernah tersingkir daripada peringkat kumpulan iaitu pada tahun 1938 di Perancis. Mereka tewas 4-2 dalam sepakan penalti kepada Switzerland selepas seri 1-1.

Serta kali ini edisi 2018 tewas 0-2 kepada Korea Selatan merupakan rekod kedua penyingkiran mereka.

Media di Jerman turut menganggap keputusan itu sebagai “sejarah memalukan” buat bola sepak Jerman.

“Mimpi ngeri Piala Dunia kami sudah menjadi kenyataan,” kata akhbar Bild.

Kebanyakan penyokong Jerman turut bersedih dan meletakkan tangan di kepala sebagai tanda tidak percaya pasukan mereka sudah tersingkir daripada Piala Dunia.

Perkataan “Raus (tersingkir)” dan “Auf Wiedersehen (selamat tinggal)” bermula dari zon penyokong di Kazan Arena selepas pasukan itu mengalami kekalahan buruk kepada Korea Selatan.

Penutup

Harus diakui kualiti pemain yang dimiliki oleh skuad Jerman kali ini amat berbeza berbanding edisi sebelum ini dimana mereka mempunyai penyerang yang berbisa seperti Miroslav Klose.

Penulis berpendapat isu pemilihan pemain merupakan punca skuad Jerman tidak begitu menyerlah di Rusia. Beberapa pemain yang cemerlang dan memiliki data minit perlawanan yang sangat tinggi seperti Leroy Sane tidak dibawa ke Rusia.

Jerman dijangka akan berdepan cabaran dalam penyusunan semula pasukan dan kemungkinan khidmat pengendali skuad ini, Joachim Low tidak disambung selepas kegagalan ini. Peminat dunia akan menyaksikan barisan skuad Jerman dengan jurulatih yang berbeza.

Para penyokong Jerman juga berharap agar pasukan negara mereka kembali bangkit pada edisi 2022 di Qatar walaupun mereka mungkin akan kehilangan beberapa pemain bintang seperti Mesut Ozil dan Sami Khedira yang mungkin akan bersara dari pentas antarabangsa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN