RMS Mahu Selangor Tak Selamanya Berharap Kepada Dana Kerajaan Negeri

Satu realiti yang kita perlu terima adalah majoriti pasukan berstatus negeri di Liga Malaysia memperoleh kebanyakkan bajet mereka menerusi dana dari kerajaan negeri.

Situasi yang seharusnya diubah oleh pasukan berstatus negeri di negara kita nampaknya cuba dilakukan di Selangor menerusi Raja Muda Selangor (RMS).

RMS yang bakal menerajui tampuk pemerintahan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) tidak lama lagi menunjukkan minat yang tinggi dalam usaha melakukan transformasi bola sepak Selangor.

Dalam satu sidang media khas bersama TV Selangor, RMS mahu menjadikan pasukan Selangor bebas dan tidak selamanya bergantung kepada dana kerajaan negeri.

RMS mahu Selangor menjadi pasukan yang tidak menjadikan kerajaan negeri sebagai tempat bergantung pada masa akan datang dan mempunyai kesinambungan dalam legasi pasukan.

https://twitter.com/siti_nooraminah/status/1011925060112642048

RMS turut mendedahkan yang baginda perlu mengambil sedikit masa untuk menyertai FAS.

Hal ini kerana, RMS melakukan beberapa kajian sebelum membawa idea untuk dibawa masuk ke dalam FAS.

Menurut RMS, baginda mahu membawa idea pembangunan bola sepak Selangor yang berdasarkan bola sepak Jepun dan juga Australia.

Gambar: mStar

“Saya mengambil contoh dari negara seperti Jepun dan juga Australia yang merupakan negara jiran yang mempunyai program pembangunan (bola sepak) yang cukup baik.”

RMS juga mahu masa diberikan sepenuhnya jika penyokong ingin melihat bola sepak Selangor kembali menjadi mantap.

“Apa yang penting adalah kita perlu sabar. Ia bukanlah selepas proses peralihan kuasa selesai, Selangor akan terus jadi juara.”

“Ia tak akan jadi macam itu. Apa yang akan berlaku adalah pembangunan dan usaha mencari apa isu sebenar yang melanda FAS.”

“Isu mengenai struktur dan model kewangan FAS adalah perkara yang saya ingin ketahui apabila saya menyertai FAS. Apabila saya sudah menyertai FAS barulah saya tahu apa yang sebenarnya terjadi.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN