Skuad Emas Parma Musim 1998/1999: Di Mana Mereka Sekarang?

Sebuah pasukan yang berpengkalan di utara Itali, Parma Calcio 1913 pernah menggegar dunia bola sepak Eropah sekitar penghujung era 90 an satu ketika dahulu.

Meskipun ketika ini sekadar bertanding dalam liga kelas kedua (Serie B), namun ingatan terhadap skuad yang dianggap paling berjaya ini tidak pernah padam sehinggakan pada tahun itu, skuad ini berjaya membawa pulang 2 piala yang berprestij.

Skuad bimbingan Alberto Malesani yang mengambil alih tempat yang ditinggalkan Carlo Ancelotti pada musim 1998, segera menghadirkan impak apabila menamatkan saingan Serie A di tempat ke-4, menjuarai Coppa Italia dan paling manis, membenam Marseille 3-0 untuk dinobatkan sebagai juara UEFA Cup.

Alberto Malesani yang lebih selesa mengenakan formasi 3-5-2 dalam taktikal permainannya dilihat mampu memuaskan hati presiden kelab, Calisto Tanzi sangat mendambakan corak permainan yang offensive.

Parma pada ketika itu membariskan Thuram, Cannavaro dan Sensini di bahagian pertahanan.

Mereka dibantu oleh Boghossian, Baggio, Fuser, Vanoli dan Veron di bahagian tengah. Jentera serangan pula diperkuatkan dengan penyerang kembar, Crespo dan Chiesa. Nama-nama ini nyata menggerunkan pasukan lawan apabila anda mengetahui gawang gol Parma dijaga oleh Buffon.

Mari kita imbas bekas-bekas pemain Parma ini yang mengingatkan penulis kepada Parmalat, syarikat gergasi yang menaja pasukan ini ketika remaja dahulu.

Di mana mereka sekarang?

Gianluigi Buffon

06 APR 1999. MADRID. SEMI-FINAL UEFA. ATLETICO MADRID vs PARMA 1-3. GIANLUIGI BUFFON celebrates after the victory

Pemain yang dianggap sebagai lagenda dalam bola sepak Itali. Mewakili Parma dari musim 1991 hingga 2001, membawa kepada 168 penampilan bersama pasukan, beliau berpindah ke Juventus dan masih mewakili pasukan itu sehingga kini.

Lilliam Thuram

ITALY – NOVEMBER 04: CHAMPIONS LEAGUE 97/98 AC PARMA; Lilian THURAM/PARMA (Photo by Martin Rose/Bongarts/Getty Images)

Dikenali dalam skuad juara Piala Dunia 1998 dan Piala Eropah 2000 bersama Perancis, pemain pertahanan ini merupakan kubu kuat Parma satu ketika dahulu.

Pada tahun 2010, beliau mula terlibat dengan kerja-kerja amal dengan mengangotai aktivis Unicef untuk membantu mengurangkan isu perkauman dalam kalangan peminat bola sepak.

Roberto Sensini

9 May 1999: Roberto Sensini of Parma in action during the Serie A match against Inter Milan played at the San Siro Stadium in Milan, Italy. The match finished in a 1-3 win for Parma. Mandatory Credit: Allsport UK /Allsport

Pemain kelahiran Argentina yang mula bersama Parma pada musim 1993 sebelum menamatkan kariernya bersama Udinese.

Selepas menamatkan karier sebagai pemain, beliau aktif dalam bidang kejurulatihan dan telah membimbing beberapa pasukan termasuklah Undinese dan kali terakhir dilihat bersama kelab Argentina, Atlectico de Rafaela.

Fabio Cannavaro

Parma’s Fabio Cannavaro (right) plays the ball under pressure from Rangers’ Gordon Durie (left) (Photo by Matthew Ashton/EMPICS via Getty Images)

Ketua pasukan Itali yang tidak perlu diperkenalkan lagi, antara tonggak kejuaraan Piala Dunia 2006. Beliau banyak berkelana di liga domestik negaranya dan membuat 212 penampilan bersama Parma.

Menamatkan kariernya bersama pasukan Al-Ahli, beliau aktif dalam bidang kejurulatihan dan kini membimbing sebuah pasukan dari China iaitu Tianjin Quanjian.

Dino Baggio

19 Sep 1999: Dino Baggio of Parma on the ball during the Serie A match against Inter Milan at the San Siro in Milan, Italy. Inter won 5-1. Mandatory Credit: Claudio Villa /Allsport

Pemain ini tiada hubungan pertalian darah dengan Roberto Baggio, seorang lagi lagenda bola sepak Itali. Namun, kedua-dua pemain ini sudah sebati dalam senario bola sepak di Itali dan mempunyai pengaruh yang besar di Eropah.

Begitu juga dengan beberapa rakan-rakannya yang lain, beliau turut memilih Lazio sebagai destinasi perpindahan dalam kariernya. Pemain ini agak low profile dan banyak menikmati persaraan dari terlibat dalam aktiviti bola sepak.

Alain Boghossian

6 Jan 1999: Alain Boghossian of Parma in action during the Italian Serie A match against Inter Milan at the Stadio Tardini in Parma, Italy. Parma won the game 1-0. Mandatory Credit: Allsport UK /Allsport

Salah seorang pemain dalam skuad kebangsaan Perancis namun hanya sekadar berada dalam barisan pemain simpanan dalam perlawanan akhir bertemu Brazil.

Beliau meninggalkan Parma pada tahun 2002, dan berkelana di Sepanyol sebelum mengumumkan persaraan akibat kecederaan. Selepas itu, beliau aktif dalam bidang kejurulatihan dan banyak membantu skuad kebangsaan Perancis termasuklah sebagai pengarah teknikal.

Diego Fuser

26 Sep 1999: Diego Fuser of Parma and Matias Almeyda of Lazio in action during the Serie A match between Parma and Lazio played at the Stadio Ennio Tardini, Parma, Italy. The game finished in a 2-1 win for the visitors Lazio. Mandatory Credit: ClaudioVilla /Allsport

Pemain sayap Parma ini turut mewakili skuad kebangsaan Itali termasuklah tersenarai dalam skuad Arigo Sachi bagi tahun 1996 dan skuad Dino Zoff  untuk kejohanan Euro 2000. Turut berhijrah dan mewakili kelab di Itali seperti Roma, Torino dan Canelli dan pernah membimbing pasukan Nicese pada tahun 2010 selepas bersara.

Juan Sebastián Verón

Rangers’ Sergio Porrini fouls Parma’s Juan Veron to earn himself the red card (Photo by Mike Egerton/EMPICS via Getty Images)

Mula mendapat perhatian sejak bermain dengan pasukan Sampdoria, dan kariernya menuju kegemilangan bersama Parma. Meskipun dikatakan penghijrahan ke saingan Liga Inggeris tidak membawa impak kepada Manchester United dan Chelsea, beliau tetap dianggap sebagai seorang jeneral di tengah padang yang berpengaruh.

Beliau yang mula bersama pasukan Estudiantes sejak 2013, dikhabarkan serasi dengan pasukan dan dilantik sebagai salah seorang director pasukan itu.

Paolo Vanoli

Paolo Vanoli of Parma celebrates scoring the second goal (Photo by Matthew Ashton/EMPICS via Getty Images)

Pemain pertahanan kiri dan turut mencatat nama sebagai penjaring dalam perlawanan akhir UEFA cup musim 1999. Beliau turut pernah beraksi bersama Rangers dan mengakhiri karier di Greece. Beliau turut aktif dalam kejurulatihan dan pernah membimbing skuad bawah 19 tahun Itali.

Hernán Crespo

Parma’s Hernan Crespo celebrates scoring the opening goal (Photo by Matthew Ashton/EMPICS via Getty Images)

Lagenda penyerang bukan sahaja untuk Parma, malah turut diangkat dalam kalangan penyokong Lazio, Milan dan Inter. Berpindah ke Parma dari River Plate pada tahun 1996, dan mengikuti langkah Veron ke Lazio pada tahun 2000.

Walaubagaimanapun, beliau kembali ke Parma pada tahun 2010. Pada tahun 2015, beliau membimbing pasukan Modena yang beraksi di Serie B.

Enrico Chiesa

12 May 1999: Enrico Chiesa of Parma in action against Pierre Issa of Marseille during the UEFA Cup Final against Marseille played in Moscow, Russia. The match finished in a 3-0 win for Parma, and they added to their Coppa Italia Cup success earlier inthe month. Mandatory Credit: Shaun Botterill /Allsport

Penyerang prolifik Parma ini dan banyak berperanan sebagai penyerang utama dan bolehlah disamakan dengan lagenda Itali, Paolo Rossi.

Selepas persaraan, beliau dilantik sebagai jurulatih pasukan Figline yang beraksi di liga bawahan Itali. Bakatnya dalam bola sepak turut diperturunkan kepada anaknya berusia 19 tahun, Federico Chiesa yang kini bersama Fiorentina.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN