Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2017: 90 Minit, Tambahan Masa Atau Penentuan Sepakan Penalti?

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 menemukan pasukan Kedah FA dan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT). Pertemuan kedua-dua buah pasukan sentiasa menjanjikan saingan yang penuh dengan kehangatan dan drama yang akan menjadi klimaks kepada bola sepak Malaysia pada musim 2017.

Musim ini sahaja kedua-dua pasukan telah bertemu sebanyak 2 kali. Namun sukar untuk kita menyatakan siapakah yang tampil lebih gah setelah kedua-dua buah pasukan mecatatkan keputusan seri dalam 2 pertemuan sebelum ini.

Untuk musim 2017, Kedah berjaya mengikat JDT dengan jaringan 1-1 di Larkin, sebelum menewaskan lawannya dari Selatan tanah air itu melalui sepakan penalti untuk bergelar juara Piala Sumbangsih 2017.

Manakala perlawanan di Stadium Darul Aman dalam saingan terakhir Liga Super Malaysia 2017, kedua-duanya sekadar berpuas hati dengan 1 mata apabila perlawanan terikat tanpa jaringan.

Berdasarkan perlawanan-perlawanan terdahulu, mungkinkah  juara Piala Malaysia 2017 akan ditentukan melangkaui 90 minit perlawanan?

Kami singkap kembali perlawanan akhir Piala Malaysia yang memerlukan lebih daripada 90 minit tempo perlawanan untuk penentuan juara sejak 2000.

1. Piala Malaysia 2002 (Selangor 1-0)

Bagi penyokong Selangor, kejuaraan Piala Malaysia pada 2002 akan dikenang sebagai edisi terakhir legenda bola sepak tanah air tersebut membantu Red Giant menjulang Piala Malaysia.

Beliau kembali menyertai skuad merah kuning setelah berkelana ke Pulau Pinang dan Negeri Sembilan sejak 1999.

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2002 menemukan anak buah Ken Worden dan Justin Ganai ini mengulangi aksi perlawanan akhir Piala Malaysia 1997, menyaksikan Selangor muncul juara edisi tersebut melalui penentuan sepakan penalti.

Kredit: chedinsphere.blogspot

Skripnya pada kali ini sedikit berbeza. Takkala kedua-dua pasukan buntu menemui jaringan gol sepanjang 90 minit perlawanan, juara terpaksa ditentukan melalui penentuan gol emas.

Akhirnya gol yang dicari menjelma. Kegagalan pertahanan Sabah mengeluarkan bola dari kawasan bahaya selepas ancaman Mass Sarr Jr singgah menemui Amri Yahyah yang merembat menewaskan penjaga gol Sabah, Khairul Azman Muhammad.

Piala Malaysia edisi 2002, Selangor menewaskan Sabah 1-0 hasil jaringan emas Amri Yahyah, membuatkan Sabah sekali lagi berputih mata di pentas akhir kepada lawan yang sama pada 1996.

2. Piala Malaysia 2012 (Kelantan 3-2 Angkatan Tentera Malaysia)

Musim 2012 adalah musim gemilang bola sepak Kelantan, memenangi gelaran ‘treble’ selepas berjaya muncul juara Liga Super, Piala FA dan seterusnya Piala Malaysia.

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 diadakan di Stadium Shah Alam, turut menyaksikan ATM turun dengan barisan pemain yang ampuh seperti Marlon Alex James, Rezal Zambery Yahya dan Hairuddin Omar.

Norshahrul Idlan Talaha terlebih dahulu meletakkan Kelantan di hadapan pada minit ke-44 perlawanan untuk Kelantan mendahului 1-0 pada separuh masa perlawanan.

 

Bersambung babak kedua, Rezal Zambery Yahya pantas menyamakan kedudukan selepas 5 minit perlawanan bersambung pada babak kedua buat ATM. Gol penyamaan tersebut, pantas dipadam sekali lagi oleh Norshahrul untuk sekali lagi memberi pendahuluan kepada gergasi pantai timur itu.

Marlon Alex James yang punyai reputasi tersendiri di dalam saingan bola sepak tanah air, kemudiannya tampil dengan sentuhan berbisanya untuk sekali lagi mengikat kedudukan dengan jaringan kedua ATM.

Perlawnanan kekal terikat 2-2 sehingga wisel penamat sebelum ‘silver gol’ Indra Putra apabila rembatan cantiknya pada minit ke-5 masa tambahan untuk memberikan kejuaraan Piala Malaysia kedua buat Kelantan dalam tempoh tiga tahun.

3. Piala Malaysia 2014 (JDT 2-2 Pahang; Pahang menang penalti 5-3)

JDT berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2014, setelah percubaan mereka pada musim sebelumnya disekat oleh Kelantan di peringkat suku akhir.

Pahang melayakkan diri ke perlawanan akhir sebagai juara bertahan, setelah muncul juara pada 2013. Dalam perlawanan ini Pahang terlebih dahulu di hadapan hasil jaringan Dickson Nwakaeme selepas 15 minit perlawanan.

JDT kemudiannya membalas jaringan melalui penyerang import mereka Pereyra Diaz pada minit ke-31 perlawanan sebelum Luciano Figueroa menyempurnakan sepakan penalti 3 minit kemudian untuk JDT mendahului 2-1 pada babak pertama perlawanan.

Kredit: Goal.com

Pahang tekad menafikan Piala Malaysia singgah ke bumi Johor sejak 1991, sekali lagi bangkit apabila Nwakaeme sekali lagi memperagakan ketajammannya dengan gol penyamaan pada minit ke-71 perlawanan.

Kedudukan kekal 2-2 melangkaui masa sebenar perlawanan, dan kedua-dua pasukan turut buntu mencari gol pada masa tambahan yang diberikan.

Sepakan penalti terpaksa menjadi penentu kejuaraan Piala Malaysia 2014. Norshahrul Idlan Talaha gagal menyempurnakan penalti ke-4 JDT sebelum Hafiz Kamal tenang menewaskan Muhammad Al-Hafiz untuk memastikan Piala Malaysia terus kekal milik Pahang buat musim kedua berturut-turut.

4. Piala Malaysia 2016 (Kedah 1-1 Selangor; Kedah menang penalti 6-5)

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 yang turut diadakan di Stadium Shah Alam adalah ulangan kepada perlawanan akhir pertandingan yang sama pada 2015.

Untuk edisi 2015, Selangor muncul juara apabila menewaskan Kedah dengan jaringan 2-0. Namun perlawanan akhir kali ini, Kedah tidak mahu skrip yang sama berulang.

Perlawanan berlangsung dengan sengit dan kedua-dua pasukan buntu menemui jaringan pada babak pertama perlawanan. Kedah menggandakan asakan pada separuh masa kedua dan akhirnya pemain pertahanan, Rizal Ghazali membawa Kedah mendahului Selangor 1-0 pada separuh masa kedua hasil jaringannya pada minit ke-51.

Namun pemain Selangor Ahmad Hazwan Bakri berjaya mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-60 perlawanan, dan kedudukan kekal terikat 1-1 sehingga wisel panamat.

Kedua-dua pasukan terus seri 1-1 selepas tamat aksi 120 minit perlawanan termasuk 30 minit masa tambahan. Ini menyebabkan perlawanan terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalkti.

Rizal Ghazali terus diangkat sebagai wira skuad Helang Merah itu selepas menjaringkan penalti kemenangan susulan sepakan pemain Selangor, Rizal Fahmi terkena palang.

Rumusan

Apa pendapat anda untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 yang akan diadakan pada Sabtu ini? Adakah juara Piala Malaysia akan ditentukan pada 90 minit perlawanan? Atau tambahan masa akan diberikan?

Siapakah yang lebih gah jika penentuan sepakan penalti dijadikan pemisah kejuaraan? Apa pilihan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN