Skuad Bojan Hodak Ikat UAE Dalam Perlawanan Persahabatan Tertutup

Skuad bawah 19 tahun (B-19) kebangsaan memperolehi keputusan yang positif apabila berjaya mengikat pasukan UAE B-19 dalam aksi persahabatan tertutup yang diadakan di Stadium Shah Alam malam tadi.

Perlawanan Persahabatan itu adalah sebagai medan ujian untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi Kejuaraan AFC B-19 2018 di Indonesia.

Dalam perlawanan tersebut, gol tunggal skuad kendalian Bojan Hodak dijaringkan oleh penyerang muda Kedah, Zafuan Azeman. Turut menyaksikan perlawanan itu ialah Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin yang pada masa sama turut meninjau persiapan pasukan.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menyaksikan perlawanan tersebut bersama wakil dari UAE. FOTO: FAM

Sebelum ini skuad B-19 negara berada di Qatar bagi menghadapi satu perlawanan persahabatan menentang pasukan Qatar B-19. Mereka tewas 1-3 dan gol tunggal negara dijaringkan oleh Nik Akif Syahiran.

Bulan lalu, mereka juga sempat ke Oman mengharungi 3 aksi persahabatan berdepan kelab divisyen satu Liga Oman bagi menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan dari negara Arab yang mengamalkan gaya permainan pantas.

Pada tiga aksi itu, pasukan negara tumbang di tangan Al Suwaiq FC dengan 0-4 sebelum bangkit dalam aksi kedua apabila menewaskan Oman Club 2-0. Bagaimanapun, rentak itu gagal dipertahankan pada aksi terakhir apabila tumpas 0-1 kepada Muscat Club.

Pasukan ini mula berkumpul untuk kem latihan pusat sejak Selasa lalu (25 September) dan menyasarkan untuk layak ke peringkat suku akhir.

Untuk mencapai misi tersebut, Malaysia perlu memburu slot dua pasukan teratas kumpulan D bagi melangkah ke suku akhir pada 29 Oktober. Empat pasukan yang berjaya memenangi aksi suku akhir akan layak ke separuh akhir lalu menempah tiket automatik ke Piala Dunia B-20 2019 di Poland.

Skuad ini akan terbang ke Jakarta, Indonesia pada 17 Oktober bagi memulakan saingan Kumpulan D berdepan Arab Saudi pada 20 Oktober dan Tajikistan pada 23 Oktober, kedua-duanya di Stadium Patriot, Bekasi sebelum bertemu China pada 26 Oktober di Stadium Pakansari, Bogor.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN