TAL2018: Layangan Kad Merah Cemari Saingan Minggu Ke-3 Liga

Minggu ketiga bagi Terengganu Amateur League 2018 menyaksikan pasukan-pasukan utama di dua divisyen mula menjarakkan diri dengan pasukan di bahagian pertengahan dan bawahan liga.

Tidak kira sama ada di Liga Super atau Liga Perdana, para pendahulu mula menjarakkan kedudukan walaupun di puncak liga terdapat beberapa pasukan yang berkongsi mata.

Liga Super

Perlawanan yang menjadi tumpuan pada minggu ketiga adalah melibatkan BTK FC menentang Gemuda FC yang menyaksikan 6 gol dihasilkan.

BTK FC menjadi pasukan yang memperoleh kelebihan pada perlawanan ini apabila mereka berjaya menjaringkan 4 gol berbanding Gemuda FC yang hanya menjaringkan 2 gol sahaja.

Gemuda FC bagaimana pun mendahului menerusi jaringan Akmal Firdaus pada minit ke-14 sebelum disamakan oleh Muhamad Shahimi 3 minit kemudian.

Qildran Syah meletakkan Gemuda FC pada minit ke-23 namun Muhamad Zulkifli menyamakan kedudukan sekali lagi 3 minit sebelum rehat.

Di separuh masa kedua, BTK FC menjaringkan 2 lagi gol untuk mematerikan kemenangan.

Muhamad Harith menjaringkan gol menerusi sepakan penalti dan Muhammad Hakimi menjaringkan gol pada babak terakhir permainan.

Perlawanan ini turut dicemari dengan layangan kad merah kepada pemain Gemuda FC iaitu Saifullah.

Apa yang menariknya, pemain itu dibuang padang semasa beliau di bangku simpanan kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil.

Selain itu, Muhammad Hakimi dari BTK FC juga dilayangkan kad merah oleh pengadil.

Perlawanan ini juga menyaksikan 5 pemain BTK FC dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan.

Aksi lain menyaksikan Island FC terus memperoleh kemenangan. Kali ini mereka menewaskan Real Chukai.

Mereka memperoleh kemenangan selesa 2-0 hasil jaringan dari Amirul Haikal dan juga Muhammad Amirul.

Berikut merupakan 3 lagi keputusan lain bagi aksi Liga Super:

  • PBSMT-Lanjerket 2-0 Kebilal-KKTRWT (Amirul Samsuddin 8′, Muhamad Hazazi 88′)
  • CND FC 2-1 Pemanis FC (Muhammad Mustaqim 7′, 65’/Muhammad Saifudin 78′)
  • MD Besut-Ayahanda FC (perlawanan ditangguhkan)

Liga Premier

Bagi aksi di divisyen dua pula, terdapat 2 perlawanan yang menyaksikan pemain dibuang padang.

Dalam aksi melibatkan ATFC Suhada dan juga Sixma, Mohd Ridwan dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan.

Ia merupakan pelengkap kepada hari tidak bagi buat Sixma, apabila mereka tewas 1-0 hasil jaringan tunggal Faiz Fakhrudin.

Dalam perlawanan lain, Muhammad Zharif yang mewakili Markless ST turut dilayangkan kad merah.

Sama seperti dengan pasukan Sixma, Markless ST turut tewas tetapi dengan jaringan 2-0.

Ahmad Shafie dan juga Aiman Sharoni menjadi penjaring dalam kemenangan DSPEX FC ke atas Markless ST.

Berikut merupakan 3 lagi keputusan lain dalam saingan Liga Premier:

  • TDTD 0-3 Real Grebar (Nik Zainini 35′, Mohd Muslim 75′, ’83)
  • TTF 1-1 Raja Permin (Hakimi Amirin 27’/Amar Humaid 90′)
  • Delima Warrios 0-1 MYXINI K.B. FC

Selepas minggu ketiga..

Selepas 3 minggu TAL berlangsung, PBSMT-Lanjerket, Island FC dan juga BTK FC masih lagi menjadi pendahulu bersama bagi Liga Super.

Sementara ATFC Suhada serta DSPEX FC menjadi pendahulu bersama di Liga Perdana.

5 pasukan masih lagi gagal mengutip sebarang mata selepas 3 perlawanan dengan 3 dari Liga Super dan 2 dari Liga Perdana.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN