Skuad B-17 Negara Ada Peluang Lakar Kejutan Sertai Piala Dunia 2023

Selepas berjaya melayakkan diri ke saingan Piala Asia bawah 17 (B-17), kini skuad pembangunan negara dilihat berpeluang untuk melakar kejutan baharu bagi menempah tiket ke slot Piala Dunia 2023 pada hujung tahun ini.

Skuad kendalian Osmera Omaro ini dilihat mempunyai masa depan yang cerah, selepas mereka muncul sebagai salah satu daripada empat wakil Asia Tenggara untuk beraksi dalam saingan Piala Asia B-17.

Pastinya aksi terakhir peringkat Kumpulan B ketika Malaysia menewaskan Indonesia menjadi sesuatu yang akan terus dikenang penyokong negara sehingga kini.

Apa tidaknya, corak permainan yang ditampilkan oleh anak-anak buah Osmera jelas sangat menarik dan tidak salah untuk Malaysia memasang impian ke saingan Piala Dunia hujung tahun ini.

Terbaharu, skuad B-17 negara memberi keyakinan terbaharu buat para penyokong negara selepas tampil cemerlang dalam tiga aksi persahabatan mereka di Qatar ketika ini.

Sebagai bentuk persiapan sebelum menyertai Piala Asia, skuad kendalian Osmera telah pun ‘berkampung’ di Qatar untuk mengharungi beberapa aksi persahabatan bersama kelab-kelab pembangunan tempatan.

Sehingga kini, segalanya tampil dengan sangat positif selepas Malaysia berjaya meraih tiga kemenangan berturut-turut walaupun berdepan dengan lawan yang mempunyai fizikal lebih baik.

Untuk rekod, Malaysia berjaya mengetepikan tiga kelab tempatan di sana iaitu Al-Arabia SC, Umm Salal SC, serta skuad bawah 18 (B-18) Al-Ghrafa dengan jumlah gol keseluruhan diledak skuad kebangsaan ialah 13 jaringan.

Konsistensi yang dipamerkan oleh skuad B-17 negara itu mendapat perhatian daripada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin dengan melaungkan keyakinan Malaysia ada peluang untuk melangkah ke saingan Piala Dunia.

“Kalau ada rezeki, kita kerja kuat dan sama-sama kita doa, pasukan ini ada peluang untuk pergi ke Piala Dunia B-17 dan ini menjadi satu sejarah kalau Malaysia berjaya masuk.

“Selepas ini mereka akan balik menentang Arab Saudi dalam aksi persahabatan di sini (Malaysia) dan juga mungkin Uzbekistan yang berminat kerana banyak pasukan yang datang ke sini sebelum ke Bangkok,” katanya menerusi Arena Metro.

Selepas ini, anak-anak buah Osmera bakal berdepan satu lagi kelab tempatan di sana iaitu Al Markhiya SC B-17 yang akan berlangsung di Pusat Latihan Universiti Qatar pada Isnin,17 April 2023.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN