Garis Panduan SKMM Untuk Admin Group Termasuk Berkaitan Futsal Dan Bola Sepak Padang

Migggu lalu kami menceritakan cabaran oleh seorang admin group whatsapp futsal/bola sepak padang.

Ianya selari dengan cadangan kerajaan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada admin kumpulan dalam whatsapp jika kumpulan yang mereka tadbir ada salah laku.

Undang-undang ini diperluas kepada medium kumpulan yang lain termasuk Telegram, Facebook Messenger, dan sebagainya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh SKMM pada 3 May 2017, setiap petadbir ataupun admin kumpulan perlulah mematuhi garis panduan berikut:

  • Maklumkan kepada semua ahli kumpulan, sebab utama kumpulan aplikasi pesanan diwujudkan dan memikirkan samada peraturan asas diperlukan
  • Prihatin terhadap peraturan/syarat-syarat yang digariskan oleh penyedia platform.
  • Menegur posting/komen untuk memastikan perbincangan berada di landasan yang betul.
  • Sentiasa semak posting/komen (dengan seorang moderator, jika boleh.
  • Mempertimbangkan untuk mengeluarkan atau menyekat mereka yang terus membuat posting/komen jelik.
    Bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan.

SKMM turut memberikan nasihat untuk pentadbir/admin kumpulan untuk menjadikan mereka lebih kawalan ke atas kumpulan yang mereka tadbir.

Antara tips yang diberikan oleh SKMM ialah

  • Elakkan menjadi pentadbir yang tidak aktif/senyap.
  • Elakkan dari melanggar standard komuniti/garis panduan yang telah ditetapkan oleh penyedia platform (contohnya Facebook, WhatsApp, Telegram)
  • Jangan menggalakkan, menghasut atau bersubahat terhadap posting/komen yang jelik.
  • Jangan membenarkan perbincangan keluar daripada topik.
  • Jangan takut untuk bertegas dengan troll atau dengan individu yang secara berterusan melanggar peraturan asas.
  • Jangan menganggu / menghalang siasatan yang sedang dijalankan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang.

Kami berharap anda kongsikan dengan rakan anda artikel ini terutama di kumpulan whatsapp, telegram, mesengger dan sebagainya.

Baca juga: VIDEO: Joseph Kalang Tie ‘Kantoi’ Curi-Curi Pandang Jasmine Suraya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN