Analisis Video: Kelemahan Atletico Ketika Menyerang Real Madrid

Atletico Madrid berhadapan dengan masalah gagal untuk menjaringkan gol dan mencipta peluang lebih baik ketika menentang Real Madrid pada separuh akhir pertama UCL.

Mereka tewas 3-0 dan Diego Simeone menyatakan, satu kem mereka kini tahu mereka perlu melakukan perkara yang benar-benar luar biasa untuk bangkit.

Ada satu video yang kami temui di streamable dan tidak pasti siapa pemilik video ini.

Ia adalah analisis tentang gaya permainan Atletico Madrid pada malam tersebut. Perkara yang digariskan penganalisis bebas ini adalah kelemahan dan ketumpulan sistem serangan serta serangan balas Atletico.

Antara isu yang digariskan adalah ketidakupayaan Atletico untuk menghukum pertahanan Real Madrid pada fasa serangan balas. Serangan balas mereka terlalu mudah untuk dipatahkan.

Jom saksikan video ini! Kepada anda yang ada masalah membuka video ini dengan instant article, anda boleh pilih membuka artikel ini dengan pelayar internet biasa.

Baca juga: Garis Panduan SKMM Untuk Admin Group Termasuk Berkaitan Futsal Dan Bola Sepak Padang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN