Skil Marseille Turn, Teknik Yang Ringkas Tetapi Licik

Skil Marseille turn merujuk kepada satu skil melepaskan diri dengan memanipulasi gerakan lawan dengan pertukaran arah dan kelajuan segera. Ia juga dikenali sebagai Marseille Roulette.

Ia adalah gerakan yang menukar arah dengan sangat cepat dalam darjah yang tinggi. Ada yang menyebutnya 360 turn.

Skil ini pada dahulunya dipopularkan oleh Maradona. Namun pada era moden Zinedine Zidane lebih mendapat recognition untuk skil ini.

https://www.youtube.com/watch?v=u0cusxYv2Lw&t=12s

Ramai lagi pemain yang gemar melakukan skil ini termasuk Michael Laudrup, Ronaldinho, Lionel Messi, Robinho dan ramai lagi.

Penjenamaan

Ianya agak kontroversi. Ini kerana Marseille Turn adalah nama yang diberikan oleh permainan video Playstation kepada skil oleh Zinedine Zidane.

Zidane berasal dari Marseille, jadi mereka menamakan ia sempena dengan nama tempat kelahiran lagenda tersebut.

Sebelum ini, skil ini sudah wujud dan ada yang menamakan ia Garrincha Turn. Di England ia dipanggil pengulas mereka sebagai drag back move.

Pada awal 90-an, nama Maradona mekar dikaitkan dengan skil ini. Pengulas akan berkata:

“Dia melakukan Maradona.”

Ada juga yang dahulu memanggil ia Rocastle Turn merujuk kepada aksi David Rocastle yang menggemari gerakan ini.

Terlalu banyak nama pemain cuba dikaitkan dengan gerakan ini. Ianya termasuk Maradona.

Namun akhirnya kuasa playstation membuatkan nama Marseille turn menjadi lebih sinonim.

Sedangkan Zinedine Zidane sendiri tak pernah memanggil gerakan ini Marseille turn, beliau  memanggilnya roulette.

Anda juga boleh memilih untuk menggelarkannya spin, Maradona, ataupun 360 sahaja.

Konsep

Ia adalah teknik untuk melepaskan diri daripada pemain lawan dalam ruang yang kecil ataupun sukar dengan menukar arah pada putaran yang pantas dan membunuh ruang.

Ia juga efektif untuk melepaskan diri daripada terkepung.

Bagaimana ia dilakukan? Lihat video tutorial ringkas ini.

Ia adalah satu skil yang cuba menarik lawan untuk mendapatkan bola dalam keadaan anda sedang terkepung.

Ketika lawan cuba mendapatkan bola, anda harus cepat-cepat melakukan sentuhan dan putaran badan dan pergi ke arah bertentangan dengan segera.

Marseille turn adalah manipulasi kepada pertukaran pace pada gerakan ke arah ruang. Anda menjana gerakan segera selepas berhenti.

Namun ia efektif kerana anda tidak 100% berhenti, sebaliknya anda sedang berpusing. Jika anda tidak cukup latihan ataupun teknik yang betul, anda dinasihatkan tidak mencubanya kerana ia berisiko memberikan kecederaan.

Variasi

Terdapat beberapa pemain yang memiliki cara yang berbeza melakukan teknik spin ini.

Ada yang menggunakan tapak kasut, ada yang menggunakan tumit dan sebagainya

Pemain seperti Yannick Bolasie mencipta 360 ini ke satu tahap yang lebih tinggi dengan ada sedikit sungkitan ke atas bola.

Pemain seperti Franck Ribery dan Aiden McGeady pula menggunakan kaki kedua untuk membuat contact utama dengan bola.

Mereka juga kerap menggunakan boot luar (outside of the boot) berbanding dengan inside boot untuk melakukan sentuhan akhir.

Rumusan

Ia adalah skil yang sudah lama wujud di dalam bola sepak dunia.

Namun ia sinonim dengan Maradona dan Zinedine Zidane kerana 2 pemain ini kerapa menggunakan skil ini untuk melepaskan diri.

Teknik ini juga sering digunakan di dalam sukan futsal.

Adakah anda boleh melakukan skil Marseille Turn ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN