Laporan Jualan Jersi 2016, Manchester United dan Lionel Messi Unggul!

Laman totalsportek telah melaporkan 10 kelab dengan jualan jersi terbanyak pada 2016.

Manchester United kekal menjadi kelab dengan penjualan jersi terbanyak. Mereka menjual sekitar 2.85 juta unit jersi pada 2016.

Ia adalah peningkatkan 40% daripada tahun sebelumnya. Penjualan ini dibantu oleh 2 nama besar iaitu Paul Pogba dan Zlatan Ibrahimovic.

Nampaknya anggaran The Guardians memang hampir tepat. Jadi diharap mitos 50 juta unit jualan jersi oleh Manchester United dapat dilupakan selepas ini.

Di tangga ke-2 adalah Real Madrid dengan 2.29 juta unit terjual. Peningkatakn sekitar 32%. Cristiano Ronaldo masih menjadi penyumbang utama.

Peningkatan mendadak ini dibantu oleh kejayaan Real Madrid menjuarai UCL musim lalu dan pencapai cemerlang Ronaldo secara individu.

Barcelona berada di tangga ke-3 dengan penjualan jersi sekitar 1.98 juta helai. Messi masih lagi menjadi penyumbang utama.

Ini diikuti oleh Chelsea dan Bayern Munich yang masing masing dengan 1.65 juta dan 1.5 juta unit terjual. Masing-masing mencatatan peningkatan signifikan 39% dan 40%.

Arsenal adalah pasukan terakhir yang menjual jersi di atas paras sejuta unit dengan jumlah jualan 1.125 juta helai jersi terjual.

Melengkapkan 10 teratas adalah, Juventus, Liverpool, Paris St. Germain dan AC Milan.

Manakala untuk senarai 10 teratas untuk jersi pemain yang paling banyak dibeli pula adalah:

[table]
No.Pemain,Kelab,
1,Lionel Messi,Barcelona,
2,Cristiano Ronaldo,Real Madrid,
3,Paul Pogba,Man. United,
4,Zlatan Ibrahimovic,Man. United,
5,Mesut Ozil,Arsenal,
6,Neymar,Barcelona,
6,De Gea,Man. United,
7,Phillipe Coutinho,Liverpool,
8,Alexis Sanchez,Arsenal,
8,Sergio Aguero,Man.City.
[/table]

Lionel Messi mengekalkan tempat untuk 2 tahun berturut-turut. Menariknya, hanya David De Gea, menjadi penjaga gol dalam senarai top 10 dalam 7 atau 8 tahun kebelakangan ini.

Zlatan Ibrahimovic sebelum ini di ranking ke-12, telah meningkat mendadak ke tangga ke-4. Ianya kerana sambutan luar biasa oleh penyokong United ke atas jersi replika beliau.

Neymar berada di tangga ke-2 dalam tahun sebelum ini. Turun mendadak ke tangga ke-6 berkongsi kedudukan dengan De Gea.

Phillipe Coutinho adalah pemain yang paling tinggi peningkatan jualan jersi dengan 440% untuk membolehkan beliau naik ke 10 teratas.

Baca juga: Jualan Jersi Pemain Boleh Membantu Membeli Pemain Lain, Fakta Atau Mitos?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN