‘Siuuu’- Benarkah Cristiano Ronaldo Beri Kata Semangat Buat Liridon Krasniqi Di Instagram?

Bintang baharu Terengganu iaitu Liridon Krasniqi seolah mendapat tonik baharu sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula, setelah beliau mendapat kata-kata semangat daripda insan istimewa.

Insan dimaksudkan itu ialah penyerang berpengaruh dunia iaitu Cristiano Ronaldo, selepas beliau mengucapkan kata-kata semangat khas buat Liridon menerusi Instagram peribadinya semalam.

Perkara itu turut dikongsikan oleh Liridon sendiri di ‘story’ Instagram beliau dengan menghargai ucapan ringkas yang dikeluarkan oleh Ronaldo khas buat dirinya.

“All the best my bro, siuuu,” tulis penyerang kebangsaan Portugal itu khas di Instagram beliau dengan turut memaparkan foto Liridon yang menyarung jersi Terengganu.

Namun, kesahihan tersebut seolah diragui selepas tiada satu pun perkongsian sebenar dibuat oleh Ronaldo di Instagram beliau dan ucapan tersebut hanya timbul di media sosial rasmi Liridon sahaja.

Ada kemungkinan besar perkongsian tersebut hanya dibuat suka-suka sahaja oleh Liridon sebagai tanda gurauan beliau buat para pengikutnya di media sosial.

Apatah lagi Ronaldo juga dilihat tidak mengikuti Liridon di Instagram selepas diselidik dan ia semakin menguatkan fakta perkara tersebut sebenarnya tidak berlaku.

Walaupun begitu, Liridon sememangnya mempunyai rakan pemain bola sepak handalan dunia seperti Emre Can yang pernah mengucapkan maju jaya buat pemain tengah tersebut.

Emre Can ketika itu turut mengucapkan selamat berjaya kepada KDA yang akan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi final tersebut dan video itu dipercayai telah dihantar kepada bekas pemain tengah kelab tersebut, Liridon Krasniqi.

“Hello Kedah, saya harap anda esok (malam ini) melakukan aksi terbaik dalam final dan menang dalam final kerana anda boleh melakukannya, anda harus yakin dengan diri sendiri.”

“Dengan kepada ‘bro’ saya Liridon, saya berharap anda dapat membantu pasukan anda juga. Harap anda menjaringkan gol atau memberikan ‘assist’, dan kemudiannya memenangi trofi.”

“Selamat maju jaya kepada semua pemain, harap saya melihat keputusan positif dalam perlawanan tersebut. Saya akan cuba menonton perlawanan itu. Jaga diri anda semua,” tulis beliau ketika itu.

Apapun, ia tetap mengujakan buat para penyokong Terengganu ketika ini selepas Liridon dilihat berjaya memberi aksi positif dalam dua perlawanan pramusim ini bersama kelab tersebut.

Dan tidak dinafikan, Liridon antara pemain yang mempunyai aura tersendiri untuk menarik pengaruh ramai penyokong menerusi kualiti dan aksinya di atas padang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN